Berita Ulasan

Evil Shift : Berkebolehan Menjadi Pengawal Pilihan Atlet eSukan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Evil Controller, syarikat pengubahsuaian pad permainan, telah mengumumkan sepasang pengawal baru untuk Xbox One dan PS4 yang dipanggil Evil Shift.

Tetapi perubahan besar untuk pengawal terbaru mereka ini adalah; walaupun mereka menyokong butang tambahan, mereka tidak akan menampilkan perisian makro (perisian yang boleh menetapkan fungsi dalam permainan untuk sesuatu tetapan butang.)

Ini bermakna anda tidak akan dapat untuk menetapkan fungsi sesuatu butang itu untuk membolehkan satu siri arahan seperti secara automatik menekan butang pecut apabila watak dalam permainan sedang berjalan.

Tetapi anda akan boleh menetapkan fungsi butang tambahan yang tersedia, selagi butang tambahan itu berkhidmat dengan fungsi tunggal.

Evil Controller mengatakan bahawa ciri ini adalah untuk membolehkan pengawal difokuskan kepada pemain eSukan. Pengawal keluaran mereka sebelum ini telah dihalang untuk digunakan di dalam kejohanan eSukan kerana perisian makro.

Sebaliknya, pengawal baru ini memberi fokus kepada peningkatan perkakasan pad pada Xbox One dan PS4. Ianya menampilkan 4 butang yang boleh diprogramkan di bahagian tengah belakang pemegang pengawal yang membolehkan pengawalan menggunakan jari hantu dan jari manis. Antara lainnya adalah butang hapadan yang sensitif untuk memudahkan tekanan pantas, dan tiga saiz yang berbeza untuk analog.

Pengawal ini dijangka hadir ke pasaran antara Jun dan Ogos tahun ini dan tidak akan hadir dengan harga yang murah. Pengasas syarikat Evil Controller ini berkata beliau menjangkakan pengawal ini akan datang dengan tanda harga antara USD165 dan USD250 (RM704.00 ke RM1,067.10 – tukaran terus.)

Sumber : techradar

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Pengawal PS4 Diilhamkan Dari Tema Filem Alien: Covenant Dikeluarkan

Dragon Quest XI : Pengawal Pelik / Comel Dikeluarkan Sempena Permainan Ini

7 Pengawal PS4 terbaik untuk anda cuba

Cara Menggunakan Pengawal PS4 Pada PS3

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.