Ulasan

Evolusi Pengawal Dari 1972 Hingga Kini

Diolah oleh hang92

Semasa pembentangan Nintendo Switch pada Januari 2017 lepas Nintendo menegaskan bahawa pengawal Switch adalah gabungan kepada keseluruhan pengawal mereka dalam sejarah menjadi 1 pengawal.

Tidak dapat dinafikan, memang benar Nintendo merupakan perintis kepada sejarah pengawal permainan secara amnya.

Selain idea daripada Nintendo terdapat banyak lagi idea lain disebalik pengawal yang kita gunakan hari ini. Nintendo tidak boleh mengelak persaingan daripada syarikat lain seperti contoh Sony, Microsoft, Razer dan pelbagai lagi.

Kami cuba senaraikan jenis-jenis pengawal yang lahir terlebih dahulu sebelum apa yang kita pegang sekarang ini.

Jika anda ada pandangan, sila berikan pendapat anda di ruangan komen kami. Selamat membaca.

Magnavox Odyssey (1972)

Hanya pergerakan menegak dan melintang yang penting untuk permainan video yang pertama.

Dikeluarkan pada tahun 1972, Magnavox Odyssey adalah konsol permainan di pertama di dunia, ianya datang dengan beberapa permainan video sahaja.

Untuk menggunakan pengawal ini, pemain perlu menggerakkan bintik putih di TV dalam permainan samada secara menegak atau melintang untuk bermain.

Atari 2600 (1977)

Untuk generasi kedua konsol, butang fizikal lain mula muncul. Idea ini berasal daripada teknologi sedia ada seperti papan kekunci di komputer.

Pengawal paling popular di masa itu adalah kayu bedik dari Atari yang dicipta untuk konsol 2600 pada tahun 1977.

Sudah tentu, kayu bedik berbentuk batang menegak bukannya idea baru, tetapi mereka mengambil idea daripada kaedah pemanduan dalam kokpit penerbangan sejak awal abad ke-20.

Nintendo Famicom (1983)

Pada tahun 1983, Nintendo datang dengan menghasilkan Famicom di Jepun, kemudian membuat pemasaran sehingga ke Barat pada tahun 1985 dikenali sebagai NES.

NES menandakan evolusi pengawal permainan telah bermula. Nintendo bertindak mematenkan d-pad di sebelah kiri (walaupun NES bukan produk Nintendo yang pertama untuk menggunakan d-pad)

Pesaing Nintendo iaitu  Sega juga mengeluarkan pengawal yang hampir serupa termasuk susun atur butang yang hampir sama untuk  permainan konsol 8-bit. Permainan ini dikenali sebagai Sega’s Master System  atau di Barat lebih dikenali sebagai TurboGrafx-16.

Walau tidak banyak perbezaan yang banyak untuk pengawal masing-masing. Nintendo berjaya menguasai era permainan 8-bit, dan Nintendo berjaya membentuk suatu gaya pengawal yang kekal hingga sekarang.

SEGA Mega Drive (1989)

Atau lebih dikenali di Malaysia sebagai SEGA Genesis, SEGA tidak mahu kalah dengan dua butang daripada NES, Sega membuat keputusan untuk menambah butang ketiga untuk Genesis.

Yang paling menarik adalah ‘killer-game’ mereka iaitu Sonic Hedgehog menggunakan ketiga-tiga butang untuk satu tindakan yang sama.

Tahukah anda bahawa pengawal ini ini adalah kali pertama huruf dicetak di atas butang itu sendiri. Butang-butang pengawal sebelum ini merupakan kosong dengan satu warna sahaja atau dilabel huruf di bawah butang tersebut.

SNES (1990)

Pada tahun 1990, SNES, juga tidak mahu kalah dengan SEGA dengan menambah 1 lagi butang menjadikan pengawal mereka kepada 4 butang keseluruhan. Nintendo juga memasukkan warna ke butang fizikal mereka.

Susunan empat butang dalam bentuk empat segi tepat terus menjadi standard konsol kita pada hari ini. Nintendo kan pencetus evolusi.

Bentuk empat segi tepat adalah reka bentuk visual yang cantik dan praktikal : kesemua butang utama dikumpulkan ke dalam satu kumpulan.

Sony Playstation (1994)

Jika Nintendo bangga dengan gelaran pencetus evolusi mereka, Sony juga tidak mahu ketinggalan dalam industri permainan dan mula merevolusikan imej permainan video di dunia dengan pengenalan Sony Playstation.

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1994, Sony Playstation bukan sahaja memperkenalkan grafik 3D canggih untuk konsol di rumah, Mereka juga berani membawa jenama mereka dengan rupa yang cukup unik dan simbol yang abstrak di mana tiada syarikat lain yang berani melakukan kecuali Sony.

Pengawal mereka tidak mempamerkan angka atau huruf, cuma huruf diletakkan bahagian bahu pengawal, dan muka pengawal digantikan dengan simbol-simbol Segiempat, Segitiga, Pangkah dan Bulatan.

Segiempat, Segitiga, Pangkah dan Bulatan adalah idea yang sangat menarik sebenarnya dimana ianya didapati lebih mudah untuk diingati, tidak seperti abjad . Bentuk ini juga boleh menjadi imej unik kepada Playstation.

Microsoft Xbox (2001)

Jika kita perhatikan produk daripada negara Amerika, mereka lebih suka membuat sesuatu produk itu lebih besar! Contohnya kereta pacuan Hummer, telefon bimbit iPhone 7+, burger BigMac, motorsikal Harley Davidson, filem dari Hollywood dan pelbagai barangan lagi — habis tu Samsung Note 7 macam mana pulak?

Microsoft memasuki pasaran konsol dengan memperkenalkan Xbox pada tahun 2001. Microsoft tidak mencipta apa-apa yang baru cuma melakukan apa yang orang Amerika melakukan dengan baik iaitu menjadikan pengawal lebih besar.

Pengawal ini banyak menerima kritikan, lalu Microsoft mengeluarkan pengawal baru yang lebih kecil. Pada mulanya hanya untuk pasaran Jepun, tetapi akhirnya menjadi satu standard baru di Amerika.

Playstation 3 (2006)

Pengawal Sixaxis dilancarkan untuk PS3, edisi pengawal ini adalah standard kepada semua pembelian. Pengawal ini adalah berdasarkan reka bentuk asas yang sama seperti DualShock 2 iaitu pengawal untuk PlayStation 2, tetapi tanpa wayar.

Antara kelebihan pengawal ini adalah ianya dilengkapi accelerometer (yang boleh mengesan gerakan dalam tiga arah dan tiga paksi putaran ; berjumlah enam arah kesemuanya maka kerana itu ianya dinamakan sebagai Sixaxis)

Tahukah anda, PlayStation 3 juga boleh dimainkan dengan menggunakan pengawal DualShock 4?

Wii U (2012)

Pada masa ini Nintendo cuba untuk memenangi semula hati para pemain di dunia, anda boleh melihat mereka mengambil kedudukan butang yang sama seperti kewujudan konsol pertama mereka.

Pengawal Wii U ini sangat besar dan tidak selesa — cakap cukup!

Nintendo Switch Joy-Con (2017)

Yang ini OK. Pada mulanya pengawal konsol ini boleh dimainkan seorang pemain sahaja. Tetapi apabila pengawal ini diceraikan menajdi dua, maka 2 orang pemain pula boleh bermain dengan menggunakan pengawal yang sama.

Satu idea yang bernas! Tetapi ianya tidak menyerupai d-pad jika diceraikan. Permainan apa yang boleh dimainkan jikalau pengawal ini diceraikan kepada 2 bahagian?

Kesimpulan

Itulah Nintendo, syarikat permainan yang bangga menjadi pencetus evolusi terhadap gaya permainan di dunia. Itu tidak dapat kita nafikan.

Namun, Nintendo Switch tidak boleh selesa buat masa ini. Projek Xbox Scorpio oleh Microsoft akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kami juga tidak dapat melihat tanda-tanda Sony akan bersara dengan produk mereka Playstation mereka pada masa terdekat.

Tetapi yang pasti, setiap platform konsol mempunyai peminat tersendiri dan siapa kita untuk menghakimi mereka yang telah mengeluarkan duit belanja yang banyak semata-mata untuk hobi permainan mereka. Akhir kata, salam sayang dari kami.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.