Berita

Extinction : Permainan Aksi Akan Datang Oleh Pembangun Killer Instinct

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Iron Galaxy, pembangun Killer Instinct, telah mendedahkan bahawa tajuk baru mereka yang diberi nama Extinction akan dilancarkan pada tahun hadapan di platform konsol dan PC.

Extinction adalah satu permainan aksi-pantas di mana pemain perlu mempertahankan umat manusia daripada raksasa gergasi.

Jika dilihat daripada penerangan dan treler pengumuman permainan ini, ianya seolah-olah telah diinspirasikan daripada satu anime yang popular, Attack on Titan.

Di dalam Extinction, pemain akan melawan raksasa gergasi merentasi desa yang luas, mempertahankan bandar-bandar dan menyelamatkan penduduk kampung.

Pemain perlu pantas menentukan strategi serangan daripada tanah mahupun udara. Permainan ini menggunakan sistem pertempuran berasaskan kemahiran dinamik taktikal.

Extinction akan menampilkan kempen cerita yang mendalam, misi sampingan yang dinamik, persekitaran interaktif, beberapa senario pertempuran, keupayaan untuk mencipta medan pertempuran yang boleh diubahsuai dan Extinction Mode, dimana pemain perlu bertempur secara berterusan dengan gerombolan serangan yang tidak putus-putus.

Extinction dijangka akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun 2018 di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber : wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.