Berita

F1 2017: Akan Menyokong Fungsi HDR Pada Konsol

Diolah oleh Konsol

Codemasters Lee Mather mengesahkan bahawa edisi terbaru permainan video F1 2017, akan menyokong output visual dinamik tinggi ataupun dikenali sebagai HDR, dan yang paling mengembirakan ialah sokongan HDR ini akan hadir khusus bagi permainan F1 2017 versi konsol.

Bagi pengguna konsol, selagi anda memiliki model Playstation 4, atau Xbox One S atau Xbox One X, anda boleh mendapatkan output HDR tanpa sebarang masalah. Cuma skrin yang anda gunakan, mestilah juga mempunyai kebolehan HDR untuk membuatkan permainan ini dimainkan pada resolusi HDR.

Tambah Lee Mather lagi pada temuramah bersama pihak WCCFTech:

“Enjin permainan yang kami hasilkan sering berevolusi dari tahun ke tahun dan kami sangat selesa bekerja dengannya. Lebih banyak kita menggunakannya, lebih banyak kita membangunkannya. Berkenaan dengan HDR, kami akan menyokongnya pada Xbox One S dan Playstation 4 Pro serta Xbox One X.”

Rumusan

Maknanya selepas ini rasanya menjadi satu kewajipan pula kepada kita semua untuk memiliki televisyen beresolusi 4K + HDR.

Masakan tidak, nampaknya hampir keseluruhan permainan yang akan dan telah dilancarkan pada tahun ini telah pun menyokong kandungan permainan pada resolusi HDR. Jadi kalau kita tidak memiliki televisyen 4K ini, sudah tentu kita akan ketinggalan.

Adakah anda setuju dengan pendapat kami? Kongsikannya di ruangan komen.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.