Berita

F1 2017: Boleh Dimainkan Pada Resolusi 4K Pada Xbox One X

Diolah oleh Konsol

Nampaknya tahun ini akan menjadi tahun dimana persaingan diantara Microsoft dan Sony bermula dengan lebih sengit serta mencabar.

Ini kerana, kebanyakan permainan video yang akan dilancarkan pada tahun ini akan disertakan dengan fungsi tambahan memainkan permainan video pada resolusi 4K

Pada tahun ini, buat pertama kalinya, permainan video Fomula 1 2017 akan dapat dimainkan di platform paling bongsu di dalam keluarga konsol iaitu Xbox One X yang baru sahaja diumumkan oleh pihak Microsoft pada acara E3 yang lepas.

Lebih menarik lagi apabila pihak pengeluar permainan Formula 1 2017 ini telah mengesahkan bahawa permainan ini turut boleh dimainkan pada resolusi 4K apabila dimainkan di konsol Xbox One X.

Baru-baru ini syarikat media permainan video yang berpengkalan di United Kingdom iaitu GamingBolt telah berpeluang menemubual pengarah permainan Formula 1 2017 ini Lee Mather pada acara E3 yang lepas.

Pada temubual terbabit, Lee Mather telah mengesahkan perkara ini dengan berkata –

“Kami baru sahaja selesai menguji permainan Formula 1 2017 ini pada platform Xbox One X, dan ya kami mengujinya pada resolusi 4K dengan 60 bingkai sesaat”

Daripada berita ini, kami juga yakin bahawa pihak pengeluar permainan Formula 1 2017 ini tidak akan berhenti disitu sahaja.

Malah kami juga merasakan fungsi tambahan memainkan permainan ini pada resolusi 4K turut akan disertakan bagi platform Playstation 4 Pro juga.

Ini kerana memang 2017 telah menjadi gaya yang terbaru bagi pengeluar permainan video untuk menyertakan fungsi 4K ini pada permainan video yang akan mereka lancarkan.

Rumusan

Jadi nampaknya tahun ini, nak tak nak kita mesti akur dengan peredaran teknologi yang semakin maju saban hari.

Oleh itu, kami merasakan sudah tiba masanya bagi setiap peminat permainan video untuk beralih kepada platform konsol yang mempunyai kebolehan memainkan permainan video pada resolusi 4K ini.

Dengan memiliki konsol seperti Playstation 4 Pro atau Xbox One X, barulah kita dapat menikmati fungsi memainkan permainan video pada resolusi 4K, ye dak 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.