Berita

F1 2017: Jentera F1 Renault Alonso Yang Memenangi F1 2006 Akan Disertakan

Diolah oleh hang92

Kepada peminat F1 semua, Codemasters dan penerbit Deep Silver telah mengumumkan bahawa jentera F1 Renault yang memenangi F1 pada tahun 2006 yang dibawa oleh Fernando Alonso akan dimasukkan ke dalam permainan perlumbaan F1 2017! Anda boleh menyaksikan video pendedahan di bawah.

Renault R26 2006 – Dibawa oleh Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella, R26 telah memperolehi lapan kemenangan daripada 18 perlumbaan. Jentera ini telah membantu Alonso memenangi Kejuaraan Pelumba untuk kali kedua dan Renault telah memenangi Kejuaraan Pembuatan dalam tahun yang sama.

Di dalam sidang akhbar baru-baru ini oleh pihak pembikin permainan F1 2017, mereka juga mengatakan bahawa banyak lagi kereta klasik akan ditambah pada minggu yang akan datang.

Antara senarai jentera F1 klasik yang sudah diumumkan boleh anda saksikan di bawah. Banyak lagi jentera F1 akan didedahkan sebelum tarikh pelancaran permainan ini iaitu pada 25 Ogos kelak.

  • 1988 McLaren MP4/4
  • 1992 Williams FW14B
  • 1995 Ferrari 412 T2
  •  1996 Williams FW18
  • 2002 Ferrari F2002
  • 2004 Ferrari F2004
  • 2006 Renault R26
  •  2007 Ferrari F2007
  • 2010 Red Bull Racing RB6

Permainan perlumbaan F1 2017 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 25 Ogos ini.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.