Berita

F1 2017 : Tarikh Pengeluaran Telah Diumumkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Codemasters telah mengumumkan bahawa permainan perlumbaan F1 2017 akan dikeluarkan pada 25 Ogos ini di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Pemain yang membuat pesanan awal edisi Day One akan memperolehi model McLaren MP4/4 dari musim 1988, tetapi ia juga boleh dimiliki pemain sebagai DLC pada masa akan datang.

Ini adalah permainan yang pertama sejak F1 2013, yang memperkenal kereta klasik seperti Ferrari F2002, Williams FW14B dari tahun 1992. Kereta-kereta klasik akan dimasukkan di dalam mod kerjaya F1 2017, kerana pemain akan berlumba dalam acara jemputan yang menyeluruhi semua perlumbaan musim ini.

Selain mod kerjaya ini, mod Championships, dan semua mod kebiasaan yang lain seperti ujian masa dan mod perlumbaan atas talian juga boleh dimainkan di dalam permainan ini.

Berikut adalah treler yang boleh memberi gambaran pertama anda untuk F1 2017 ini.

Sumber: videogamer

Baca tajuk lain seperti ini di konsol.my

McLaren Dan Logitech : Bakal Menganjurkan Pertandingan World Fastest Gamer

Fast & Furious : Permainan Perlumbaan Yang Seakan Seperti Filem Ini

Project Cars 2 : Apa Yang Anda Perlu Tahu

6 Permainan Lumba Kereta Yang Kami Tunggu 2017

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.