Berita

Fallout 4: Game of the Year Edition Dan Pip-Boy Collector Edition Akan Hadir September Ini

fallout-4-goty
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bethesda telah mengesahkan bahawa Fallout 4: Game of the Year Edition akan hadir ke pasaran pada bulan hadapan, 26 September untuk PS4, Xbox One, dan PC.

Bagi anda yang belum membeli Fallout 4 mungkin ingin mendapatkan pada Game of the Year Edition (GOTY) ini, kerana ia mengandungi semua kandungan tambahan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Fallout 4: Game of the Year Edition juga akan menyertakan semua pembaharuan terkini pada permainan seperti mod Survival, peningkatan mutu grafik, dan sokongan mod.

Semua enam kandugan tambahan: Nuka-World, Vault-Tec Workshop, Contraptions Workshop, Far Harbor, Wasteland Workshop dan Automatron adalah terkandung di dalam pakej GOTY ini.

Fallout-GOTY-PipBoy

Selain Fallout 4, Pip-Boys (gambar di atas) akan kembali di pasaran, juga pada 26 September. Pip-Boys kali ini akan datang secara bundle bersama dengan Edisi GOTY. Malangnya ia hanya boleh didapati di Amerika Syarikat dengant tanda harga USD 99.99.

Jika anda tidak tahu, Pip-Boy adalah item dalam permainan yang mengandungi maklumat dan inventori pemain. Bethesda membuat replika fizikal Pip-Boy dalam kuantiti yang terhad. Ianya bukan hanya sekadar replika tetapi juga berfungsi dengan menggunakan telefon pintar anda dan aplikasi untuk memindahkan segala maklumat dalam permainan ke kehidupan sebenar.

Fallout 4: Game of the Year Edition dan edisi Pip-Boy akan hadir ke pasaran pada 26 September di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sumber: vg247

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.