Berita

Fallout 4 : Percuma Bermula Hari Ini Hingga Ke Hujung Minggu Di Steam Dan Xbox One

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Hujung minggu ini, bagi sesiapa yang masih belum bermain permainan dalam siri Fallout, iaitu Fallout 4, anda akan boleh bermain secara percuma, di platform PC dan Xbox One.

Bethesda mengumumkan bahawa Fallout 4 akan disediakan secara percuma pada hujung minggu ini, dari 25 Mei (hari ini) – 28 Mei, untuk ahli Xbox Live Gold dan pengguna Steam. Mods juga boleh didapati untuk kedua-dua format.

Disamping itu, Fallout 4 juga boleh didapati dengan harga yang dikurangkan di Steam, PlayStation Store dan Xbox Live. Season Pass termasuk semua pek DLC yang dikeluarkan juga boleh didapati dengan harga yang dikurangkan.

Versi permainan VR yang dijangkakan akan diperlihatkan di acara E3 tahun ini. Pete Hines, pengurus pemasaran Bethesda berkata ianya akan menjadi permainan yang paling luar biasa yang pernah dilihat.

Sumber : wccftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Senjata Penembak Terbaik Di Dalam Sejarah Permainan Video

Antara Pilihan Permainan Dunia Terbuka Yang Terbaik

10 Jenama Palsu Terkenal Dalam Permainan Video

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.