Berita

Fallout 4 VR: Saksikan Treler Rasmi Terbaru, Akan Datang Pada Oktober Ini

Diolah oleh hang92

Semasa persidangan E3 2017 pada hari ini, Bethesda secara rasmi telah mengumumkan permainan yang dibuat semula iaitu Fallout 4 VR. Permainan realiti maya ini boleh didapati pada platform PC dan diguna bersama HTC Vive pada Oktober ini.

Mereka tidak pula menyebut bahawa permainan ini boleh dimainkan bersama platform lain kecuali HTC Vive dalam semasa pengumuman tesebut.

Jurucakap Bethesda, Pete Hines, mengambarkan permainan Fallout 4 VR sebagai “perkara yang paling luar biasa yang pernah anda lihat.”

“Anda tidak boleh bayangkan permainan ini, bermain dengan VR dan bagaimana realistik ia akan kelihatan tida kira di mana kepala anda berpusing,” katanya. “Ia adalah benda yang paling gila pernah anda lihat.”

Fallout 4 VR yang dikeluarkan pada bulan Oktober tahun ini untuk PC pada HTC Vive.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.