Berita

Far Cry 5 : Akan Menjelang Tiba Pada 27 Feb 2018

Diolah oleh hang92

Selepas beberapa hari video teaser yang diragui keaslian CGI-nya, hari ini Ubisoft telah melancarkan video treler yang pertama mengenai permainan Far Cry 5.

Permainan ini menggunakan platform dunia terbuka dan akan berlatarbelakangkan sebuah kawasan di Montana.

Anda akan bermain sebagai watak protaganis dalam plot yang mendebarkan ini. Anda akan menjelajah ke tempat yang baru dan akan membentuk sekutu dengan penduduk tempatan.

Antara watak-watak yang boleh kita amati di dalam video tersebut adalah seperti kumpulan kultus agama yang seperti sedang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka. – bunyi macam plot Outlast 2

Far Cry 5 akan dilancarkan pada 27 Februari 2018 pada PS4, Xbox One, dan PC, dan akan menyediakan ciri-ciri seperti kerjasama antara dua pemain dalam co-op dan kebolehan untuk menyunting peta.

Untuk pengetahuan anda, permainan Far Cry 5 merupakan permainan yang diperkenalkan selepas pelancaran Far Cry Primal yang berkisarkan zaman prasejarah pada tahun lepas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini. Apa kata kita nantikan pengumuman rasmi Far Cry 5 di E3 pada bulan hadapan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan seperti:

Far Cry 5 : Video Terbaru Menunjukkan Latar Belakang Hope County, Montana

E3 2017 : APA YANG AKAN BAKAL ANDA SAKSIKAN KELAK?

Apa Itu E3, Electronic Entertainment Expo?

[Ura-Ura] Days Gone : Akan Membuat Kemunculan Di E3 Secara Besar-Besaran