Ulasan

Far Cry 5 : Kenali 3 Watak Dalam Permainan Ini

Diolah oleh hang92

Ubisoft secara rasmi telah mengumumkan treler Far Cry 5 kepada dunia pada minggu ini.

Di dalam permainan Far Cry 5, anda akan menghadapi sebuah kumpulan kultus radikal yang lengkap bersenjata yang bergelar The Project at Eden’s gate. Mereka sangat gila.

Berita baik ialah anda tidak perlu menghadapi mereka bersendirian, ada sebahagian orang di Hope County yang belum dipengaruhi oleh kultus ini. Mereka mahu kultus ini terhapus seperti yang anda mahukan juga.

Untuk memberi idea kepada anda siapa yang anda bakal rekrut, Ubisoft telah memberi gambaran tiga watak yang terdapat di dalam permainan ini dan telah mendedahkan nama mereka iaitu The Pastor, Jerome Jeffries, Mary Mei Fairgrave, dan Nick Rye.

The Pastor, Jerome Jeffries

Meet Far Cry 5's Characters

Jerome merupakan seorang paderi di Hope County selama lebih daripada 15 tahun, dan merupakan orang yang pertama berbaik Joseph Seed, pengasas The Project at Eden’s Gate.

Di dalam permainan ini, Jerome bukan sahaja kehilangan gereja, tetapi dia telah dipukul dan dibiarkan mati di dalam hutan keseorangan. Jerome terselamat dan berikrar untuk melindungi mangsa yang dibuli oleh kultus, dan sebagai seorang bekas askar Perang Teluk, dia mempunyai pengalaman untuk membawa Hope County kembali kepada keamanan.

Mary May Fairgrave

Meet Far Cry 5's Characters

Sebagai seorang penduduk yang telah lama tinggal di Hope County, Mary Mei pernah memiliki dan mengendalikan sebuah kedai minum keluarganya, The Spread Eagle.

Bank telah merampas kedai itu selepas ibu bapanya meninggal dunia dan Mary tidak mempunyai duit. Bagaimanapun, Eden Gate datang mengambil alih kedai itu dengan hanya beberapa dolar.

Dia sangat marah dengan tindakan kultus kerana kedai itu adalah hak dia sejak dia dilahirkan dan dia bersedia untuk mengambil kembali semula kedai Eagle dan seterusnya Hope County – dengan apa sahaja cara.

Nick Rye

Meet Far Cry 5's Characters

Nick datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah juruterbang tentera, dan keputusannya untuk tidak menyertai tentera telah menyebabkan perpecahan antara dia dan bapanya.

Nick meneruskan warisan keluarga dengan cara yang berbeza, dia lebih selesa menyara diri dengan melindungi ladang daripada perosak sebagai juruterbang cropduster dan cuba untuk memulakan sebuah keluarga dengan isterinya, Kim.

Eden Gate telah membuat hidupnya sukar melalui percubaan agresif untuk membeli ladang Nick. Nick tidak suka dengan perkara ini, dan kerana keadaan di Hope County sudah menjadi panas Nick bersedia menjawab panggilan anda.

Ubisoft mengatakan bahawa terdapat banyak lagi watak-watak akan diperkenalkan pada masa hadapan. Berapa banyak lagi yang kita akan saksikan? Itu kami tidak pasti.

Permainan Far Cry 5 telah ditetapkan untuk dilancarkan pada 27 Februari 2018 untuk PS4, PC, Xbox One, PS4 Pro, dan Scorpio.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Far Cry 5 : Akan Menjelang Tiba Pada 27 Feb 2018

Far Cry 5 : Video Terbaru Menunjukkan Latar Belakang Hope County, Montana

RED DEAD REDEMPTION 2 : Akan Dilancarkan Pada Mac 2018