Berita

Far Cry 5: Pemain Boleh Menggunakan Alat Pembaikian Untuk Membunuh Musuh

Diolah oleh Konsol

Far Cry 5 kelihatan benar-benar hebat. Dari segala yang kita lihat dan dengar setakat ini, permainan Far Cry 5 boleh dikatakan akan menepati setiap hasrat yang terkandung bagi peminat siri permainan daripada Ubisoft ini.

Selain daripada itu, pihak Ubisoft dilihat benar-benar serius didalam membangunkan permainan Far Cry 5 ini. Setiap aspek rekabentuk dan jalan permainan yang ingin ditonjolkan didalam permainan yang akan dilancarkan kelak ini seolah-oleh dicipta bagi menyaingi permainan terkemuka lain seperti Legend Of Zelda dan Metal Gear Solid 5.

Salah satu ciri menarik yang akan disertakan didalam permainan Far Cry 5 ini ialah para pemain boleh menggunakan alat pembaikian (repair tools) untuk membunuh musuh.

Alat yang sebelum ini digunakan sebagai alat untuk membaiki peralatan dan kenderaan di dalam permainan siri Far Cry yang terdahulu, kini boleh juga digunakan sebagai senjata untuk membunuh musuh. Semestinya berita ini sesuatu yang amat mengujakan kerana perkara twist seperti ini jarang boleh didapati didalam siri permainan yang dibangunkan oleh pihak Ubisoft.

Dengan perlancaran permainan ini tidak lama dari sekarang, diharapkan pihak Ubisoft bakal membuat siri pengumuman lain yang akan mengejutkan kita semua sebelum kita secara rasminya memainkan permainan ini pada tahun hadapan kelak.

Permainan Far Cry 5 ini akan dilancarkan pada bulan Februari 2018 dan boleh dimainkan pada platform Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Rumusan

Jadi selain alat pembaikian, apakah alatan yang anda sangat ingin menggunakannya untuk membunuh musuh?

Kalau kami, kami ingin sekali membunuh musuh menggunakan sabun mandi ūüôā

Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.