Ulasan

Fast & Furious : Permainan Perlumbaan Yang Seakan Seperti Filem Ini

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Fast and Furious 8 merupaakan salah satu yang filem terbaik daripada francaisnya. Jika anda ingin berada dalam pengalaman dan situasi yang mendebarkan seperti di dalam filem The Fast dan Furious itu adalah sama sekali difahami.

Anda mahu kereta. Anda mahu gaya hidup. Anda mahu keseronokan, dan anda mahukan cabaran dalam hidup anda.

Tetapi, jika anda hanya mempunyai beberapa puluh ringgit sahaja di akaun bank anda, anda boleh merasakan mimpi tersebut terima kasih kepada permainan video yang telah dicipta untuk golongan marhaen seperti kita.

Permainan berikut kami sarankan untuk anda bagi meningkatkan syahwat seperti di dalam filem Fast & Furious.

Forza Horizon: Fast and the Furious Digital Edition

Platform : XBOX ONE

Image result for Forza Horizon: Fast and the Furious Digital Edition

Edisi FF Forza 2  ini adalah salah satu permainan ekslusif dari Xbox dan edisi ini dikeluarkan semasa FF7 di keluarkan. Di dalamnya permainan ini terdapat kereta Charger milik Dominic Toretto.

Walaupun siri ini hanya bergantung kepada populariti kereta Charger Dom. Tetapi ianya tetap membuat setiap pemain platform ini menanti siri permainan yang terbaru. 

Need For Speed Carbon

Platform :PS2 , PS3,  XBOX, GAMECUBE, XBOX 360, PC

Image result for Need For Speed Carbon

Permainan yang menggunakan platform pemain berbilang ini sangat hebat dan mampu membuat anda puas hati.

Kesan realistik pada zaman pengeluarannya sangat memuaskan dengan kesan khas apabila gas nitro dilepaskan.

Permainan ini adalah sama dengan siri Most Wanted cuma ianya berlangsung pada sebelah malam seperti FF2 yang berlumba secara haram pada waktu malam. 

Grand Theft Auto Online 

Platform :PS4, Xbox One, PC

Related image

GTA mempunyai pelbagai jenis misi dan salah satunya perlumbaan anda perlu sama ada menggunakan motor atau kereta.

Bagi perlumbaan kereta, GTA menyediakan pelbagai jenis daripada Sport, Sedan, Compact, Muscle, Off Road dan banyak lagi. 

Antara kereta Muscle untuk menjadi seperti Dom : Blade, Dominator, Phoenix, Slamvan, Vigero

The Crew

Platform : Xbox 360, Xbox One, PS3, PS4, PC

Image result for The Crew

Permainan aksi perlumbaan ini adalah permainan dunia terbuka. Anda boleh bersiar-siar di sekitar jalan-jalan di AS dan menempuh pelbagai cabaran yang diberikan.

Terdapat juga polis yang menyamar dan musuh misteri. Permainan ini boleh dimainkan sehingga empat orang dalam satu masa.

Burnout Paradise

Platform : PS3, Xbox 360, PC

Image result for Burnout Paradise

Permainan ini adalah permainan perlumbaan dunia terbuka.

Rakaman video gerak perlahan dari Burnout sangat menarik serta kesan grafik dari kemalangan yang terjadi adalah sangat realistik.

Kemalangan ini dalam masa yang sama dapat mengingatkan anda apa yang akan terjadi apabila anda tidak dapat mengawal kelajuan yang anda ingin capai.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia