Imbasan

FATE / EXTELLA: THE UMBRAL STAR

Diolah oleh Along Naz

Pada edisi imbasan kali ini, permainan  FATE/ EXTELLA: THE UMBRAL STAR menjadi pilihan kami.

Untuk pengetahuan para pembaca, Extella merupakan siri ke empat bagi permainan Fate ini selepas lebih 17 tahun berada di dalam pasaran.

Sekuel pertama Fate telah berada di pasaran pada Januari 2004 lagi dengan judul FATE/ STAY NIGHT.

Pada dasarnya, Fate/ Extella: The Umbral Star merupakan permainan yang berlatar belakangkan ruang angkasa siber.

Plot yang mengisahkan tiga kumpulan yang berperang untuk memutuskan siapa di antaranya yang layak untuk menguasai dunia digital, dan setiap tentera yang ada ianya mewakili gaya animasi tokoh-tokoh lagenda Jepun.

Dalam permainan ini juga, anda menyaksikan Jeneral Lu Bu bertembung dengan Joan of Arc manakala orang genius Greek, Archimedes mengisi watak sebagai ahli strategi Nero, Maharaja Rom.

Jika anda telah bermain permainan ini dan ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.