Tips Ulasan

FIFA 17 : Apakah Itu Mental Attributes?

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Ada di antara pemain permainan video FIFA tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Player Attributes di dalam permainan FIFA. Pasti anda pernah melihatnya di dalam menu permainan. Artikel kali ini kami akan mengulas tentang salah satu kategori attributes di bawah Player Attributes, iaitu Mental Attributes.

Sesetengah pemain mempunyai idea yang samar apakah yang dimaksudkan dengan Mental Attributes ini. Kami sebagai peminat tegar permainan FIFA pada mulanya juga agak keliru dengan statistik ini dan tertanya-tanya apakah fungsi-fungsinya.

Tetapi selepas melakukan carian, bacaan di atas talian dan pengalaman kami sendiri ketika bermain, kami mula memahami bagaimana statistik ini dapat membantu kami dalam permainan dan pembinaan pasukan.

Oleh itu kami akan berkongsi sedikit sebanyak pemahaman kami berkaitan Mental Attributes ini.

Mental Attributes

1. Aggression
Berfungsi seiring dengan Strength ; biasanya pemain yang mempunyai skor Strength yang tinggi, juga akan mempunyai skor Aggression yang tinggi. Attribute ini akan mempengaruhi kekerapan pemain melakukan stand tackling dan slide tackling.

Pemain yang mempunyai skor Aggressive yang tinggi kebiasaanya mudah untuk melakukan terjahan bersih, tetapi juga berisiko untuk memberikan sepakan percuma kepada pihak lawan.

Pemain yang mempunyai skor Aggression yang tinggi :
Giorgio Chiellini, Pepe, Diego Costa, Arturo Vidal, Marouane Fellaini

2. Tactical Awareness 
Attribute ini adalah kawalan AI rakan sepasukan ketika anda tidak mengawal pemain. Ia akan menentukan keupayaan untuk pemain membaca permainan dan memintas hantaran dari pihak lawan.

Jika anda pernah melihat pergerakan sesetengah pemain yang kadang-kala pergerakan mereka agak unik ketika menghalang hantaran, ini mungkin kerana mereka mempunyai skor yang tinggi untuk Tactical Awareness.

Pada masa yang sama attribute ini juga akan membantu menentukan kedudukan pemain yang sedang anda kawal untuk melakukan halangan hantaran bola pihak lawan.

Pemain yang mempunyai skor Tactical Awareness yang tinggi :
Thiago Silva, Philipp Lahm, Andrea Barzagli, Javier Mascherano, N’Golo Kanté

3. Attacking Position
Keupayaan pemain untuk mengesan ruang terbuka dan bergerak ke kedudukan yang baik yang menawarkan kelebihan ketika menyerang. Semakin tinggi skor attribute ini, semakin besar kemungkinan pemain dalam mencari ruang untuk menerima bola dalam kawasan berbahaya.

Pergerakan pemain ketika tidak memiliki bola adalah ciri permainan yang menjadi fokus pihak EA ketika pembangunan FIFA 17. Jadi anda harus menitik beratkan skor attribute ini untuk memilih pemain serangan anda.

Pemain yang mempunyai skor Attacking Position yang tinggi :
Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Thomas Müller, Luis Suárez, Gonzalo Higuaín

4. Vision
Kesedaran pemain mengenai kedudukan rakan sepasukan dan pemain lawan. Anda mungkin dapat melihat pemain yang dikawal AI melakukan larian dan anda ingin melakukan hantaran jauh kepada pemain itu. Tetapi hantaran anda jauh tersasar atau bola hantaran anda sebaliknya pergi ke rakan sepasukan yang berdekatan dengan anda.

Ini adalah kerana pemain di bawah kawalan anda itu mempunyai skor Vision yang rendah. Pemain yang mempunyai skor Vision yang tinggi lebih mudah untuk melakukan hantaran-hantaran jauh yang tepat. Attribute Vision ini berfungsi seiring dengan Long Pass attribute.

Pemain yang mempunyai skor Vision yang tinggi :
Iniesta, Andrea Pirlo, Mesut Özil, David Silva, Francesco Totti

5. Penalties
Pemain dengan skor Penalties yang tinggi akan mempunyai peluang yang lebih mudah menjaringkan gol ketika sepakan penalti. ‘Zon hijau‘ akan menjadi lebih besar dan penanda hala sepakan pemain akan bergerak lebih perlahan.

5 pemain yang mempunyai skor Penalties yang tinggi :
Rickie Lambert, Mario Balotelli, Zlatan Ibrahimović, Leighton Baines, Néstor Ortigoza

Rumusan

Mental Attributes ini adalah salah satu kategori di bawah Player Attributes. Antara kategori yang lain adalah Ball Skills, Passing, Goalkeeper, Defence, Physical dan Shooting. Pada artikel akan datang kami akan cuba mengulas tentang kategori yang lain pula. Stay tuned!

Jika anda ada panduan permainan atau taktikal FIFA 17 anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan anda ke email hubungi@konsol.my.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.