Berita

FIFA 17: Kemas Kini 1.08 Sedia Dimuat-Turun

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Kemas kini 1.08 untuk FIFA 17, sudah boleh di muat turun di PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Kemas kini ini bersaiz 1.09GB, dan memperkenalkan pelbagai perubahan untuk mod FUT dan beberapa pembaikan beberapa ralat visual dan grafik.

Log perubahan untuk kemas kini 1.08 boleh didapati di bawah:

  • Menambah kebolehan untuk mengehadkan berapa kali pemain boleh memenangi kejohanan kalah mati pada semua hari kecuali Sabtu dan Ahad di FUT Champions.
  • Menambah kebolehan untuk mengehadkan attribute items untuk perlawanan FUT Champions.
  • Menambah sekatan pilihan Skuad untuk FUT Champions seperti jenis pemain.
  • Menambah jumlah baki perlawanan yang tinggal ke FUT Champions leaderboard

Perubahan Visual/Pembentangan

  • Kemas kini keseluruhan untuk pemain-pemain pasukan Chapecoense
  • Baik pulih gambar 2D pemain, Axel Tuanzebe
  • Baik pulih isu berkaitan overall rating pemain yang sebelum ini menunjukkan jumlah yang salah.

Baik pulih untuk Gameplay berikut

  • Isu di mana penjaga gol akan menangkap bola selepas hantaran balik dari rakan sepasukan.
  • Memadamkan penunjuk untuk sepakan penalti dan FIFA trainer dari semua perlawanan FUT Champion

Lain-lain

  • Diseragamkan bar grafik untuk semua perlawanan atas talian

Nota: FIFA 18 akan mempunyai musim kedua untuk mod pemain tunggal, The Journey. Juga akan memperkenalkan watak-watak baru dan jalan cerita yang baru.

Sumber: playstationlifestyle

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.