Pilihan Kami Tips

FIFA 17 : Sistem Taktikal Mourinho

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Salah satu falsafah taktikal musim pertama Jose Mourinho di Manchester United adalah beliau bereksperimentasi dengan kepelbagaian formasi.

Secara umumnya, beliau telah berselang-seli antara sistem yang paling banyak digunakan pada era bola sepak kontemporari, 4-2-3-1 dan 4-3-3, tetapi terdapat cameos dengan pembentukan tiga pertahanan dan formasi klasik 4-4-2.

Pasukan The Red Devil ini berkebolehan untuk mengadaptasi dengan pelbagai ekspirementasi formasi. Ini adalah kerana pasukan ini terbentuk daripada pemain serangan yang cukup fleksibel. Contohnya adalah; Henrikh Mkhitaryan,Wayne Rooney, Juan Mata dan Ibracadabra.

Pada artikel kali ini kami akan memberi panduan untuk taktikal ubahsuai dan formasi yang kerap menjadi pilihan Jose Mourinho, iaitu 4-2-3-1 dan juga pilihan pemain dari kelab lain yang bersesuaian untuk setiap posisi.

GK:
Ketinggian 6’2″, 80+ Kicking atau Long Throw trait, 80+ Handling 80+ Positioning, 85+ Reflexes dan Diving.
Ideal: Cech, Courtouis, Begovic, Handanovic, Neuer, dan Lloris

LB/RBs:
Player instructions:  Stay back while attacking, conservative interceptions
Disarankan agar anda memilih pemain pertahanan yang mempunyai kadar kerja (workrate) pertahanan yang lebih tinggi. Pemain perlu memiliki fizikal yang serba boleh, berkobelahan kembali semula ke kawasan pertahanan dengan cepat, dapat melakukan hantaran lintang dengan baik, dan memenangi pertarungan di udara.
Ideal: Walker, Abate, Peres, de Marcos, Lichsteiner, Aurier, Smolinkov, Sandro, Baba, Alaba dan Van Anhoult.

CBs:
Player instructions: Stay back, conservative interceptions.
Kami mencadangkan pemain pertahanan ini mempunyai kawalan bola tinggi, Agility  yang tinggi untuk berhadapan dengan pemain bercirikan Dribbler, dan memiliki lompatan tinggi untuk memenangi tandukan.
Ideal: Ramos, Godin, Thiago Silva, David Luiz, Vertongen, Cameron, Bonucci dan Caceres.

CDM # 1 – The Rock:
Player instructions: Stayback while attacking, aggressive interceptions, man mark.
Anda digalakkan meletakkan pemain yang mempunya ketinggian 6’2 dengan nilai Strength yang tinggi di posisi sini untuk memenangi pertarungan 50/50 di bahagian tengah. Antara nilai tinggi lain yang perlu dititik beratkan adalah Jumping, Marking, Interceptions dan Stand tackle.
Ideal: Matic, Gustavo, Khedira, Ndoye dan Busquets.

CDM #2 – Deep Playmaker:
Player instructions: Balanced attack, aggressive interceptions, cut passing lanes.
Pemain di posisi ini anda perlu memilih pemain tengah yang serba boleh dan nilai yang tinggi dari segi Dribbling, Passing, Stamina dan nilai paling ideal untuk Pace, Physical dan Defending adalah 70+
Ideal: Pereyra, Marchiso, Guarin, Pogba, Modric, Matuidi, Dembele, Ramires, Fernandinho, dan Koke.

LM / RM:
Player instructions: Stay back , get in behind stay wide
Pemain di posisi ini perlu berkebolehan untuk membuat larian jauh yang pantas, sukar untuk di kawal pertahanan lawan, dan dapat kembali ke kawasan anda untuk membantu pertahanan. Tugas pemain di posisi ini adalah mencipta peluang. Jadi anda perlukan pemain yang mempunyai nilai 85+ untuk Pace, Dribbling dan 80+ untuk Passing.
Ideal: Cuadrado, Feghouli, Willian, Di Maria, Lucas, Ribery, Reus, Hazard, Sanchez dan Bale

CAM – The Lampard role:
Player instructions: Get into box for crosses
Peranan yang paling penting, anda perlukan penyerang kedua dengan fizikal yang baik, penglihatan tinggi untuk rembatan jarak jauh yang baik, kesedaran kedudukan yang tinggi dan penyudah yang baik. Maka pemain di posisi ini perlu mempunyai skor yang tinggi untuk Vision, Positioning, Long Shot dan Finishing.
Ideal: Muller, Rooney, Ibrahimovic, Tevez, De Bruyne, Pereyra, Pogba, Guarin, James, Ben Arfa dan lain-lain.

ST:
Player instruction: Press back line
Anda mahukan pemain yang boleh melakukan apa sahaja. Penyudah yang baik dengan rembatan dan tandukan. Pemain penyerang ini akan menjaringkan sebahagian besar gol untuk pasukan anda dan memerlukan nilai 80+ untuk Pace, Dribbling, Finishing, dan 75+ Physical.
Ideal: Morata, Sturridge, Ronaldo, Bale, Tevez, Suarez, Higuain, Lacazette, Benzema, Ibrahimovic dan lain-lain.

Taktikal Ubahsuai:
Build up play: 70 Speed, 40 Passing, Organised
Chance Creation: 70 Passing, 70 Shooting, 70 PassingOrganised
Defence: 40 Pressure, 40 Aggression, 50 Team WidthCover
Nota: Jika lawan anda bermain dengan taktikal pertahanan dengan tetapan organised. Maka kami menyarankan agar anda kerap melakukan cubaan jarak jauh.

Rumusan

Jika anda ingin mempratikkan taktikal ini, pilihan pemain juga perlu dititikberatkan. Adakah taktik ini akan menjanjikan anda sebagai pemain FIFA 17 yang hebat? Mungkin tidak. Sudah pasti ramai lagi pemain di luar sana yang mempunyai pemahaman taktik yang lebih baik daripada kami.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan seperti:

FIFA 17 : Taktikal Man Utd Musim 1999-2000 Yang Membawa Ke Treble

FIFA 17 : Taktikal Retro : Total Football Oleh Pasukan Belanda

FIFA 17 : Taktikal Juego de Posición Ala Pep Guordiola

FIFA 17 : Taktikal Serangan Balas

FIFA 17 : Taktikal Untuk Menguasai Pihak Lawan

Jika anda ada panduan taktikal anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan taktikal anda ke email hubungi@konsol.my

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.