Pilihan Kami Tips

FIFA 17 : Sistem Taktikal Zinedine Zidane Bersama The Galácticos

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Zinedine Zidane telah mencapai banyak kejayaan dalam masa yang singkat sebagai pengurus Real Madrid. Pada esok pagi, beliau akan berada di ambang untuk menjadi pengurus pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah yang membawa pasukannya untuk menjuarai piala berprestij ini berturut-turut.

Jika anda mengikuti gaya permainan Real Madrid, anda pasti sedia maklum bahawa Zidane gemar memilih formasi 4-3-3 bertahan (holding). Casemiro merupakan kunci untuk formasi ini, beliau bermain sebagai pemain tengah bertahan di formasi 4-3-3 yang memberi kesimbangan kepada pasukan.

Casemiro mempunyai fizikal, mobiliti, terjahan dah hantaran yang baik. Apa yang membuatkan beliau adalah pemain penting di dalam taktikal Zidane adalah kerana beliau mempunyai kesedaran tinggi untuk mengesan dan menutup ruang yang terbuka di antara pertahanan.

Pada artikel kali ini kami akan berkongsi serba sedikit tentang tetapan ubah suai yang yang seakan mirip taktikal Zinedine Zidane bersama pasukan Galácticos ini.

Formasi : 4-3-3 (holding)

Taktikal Ubahsuai (Custom Tactics)

Arahan Pemain (Player instructions):

LB/RB : Marcelo / Carvajal
Attacking Runs : Balanced Attack
Interceptions : Normal Interceptions

CB : Ramos / Varane
Attacking Support : Stay Back While Attacking
Interceptions : Aggressive Interceptions

CM : Kroos / Modric
Attacking Support : Balanced Attack
Support On Crosses : Balanced Crossing Runs
Interceptions : Normal Interceptions
Positioning Freedom : Stick To Position

CDM : Casemiro
Defensive Behaviour : Cut Passing Lanes
Attacking Support : Balanced Attack
Interceptions : Normal Interceptions

RW : Bale
Defensive Support : Basic Defense Support
Change Creation : Cut Inside
Support Runs : Balance Support
Support On Crosses : Balance Crossing Runs
Interceptions : Normal Interceptions

LW : Ronaldo
Defensive Support : Basic Defense Support
Change Creation : Balanced Width
Support Runs : Balance Support
Support On Crosses : Balance Crossing Runs
Interceptions : Normal Interceptions

ST : Benzema
Support Runs : Balanced Width
Attacking Runs : Balanced Attack
Interceptions : Normal Interceptions
Defensive Pressing : Basic Defense Support

Rumusan

Adakah taktik ini akan menjanjikan anda sebagai pemain FIFA 17 yang hebat? Mungkin tidak. Sudah pasti ramai lagi pemain di luar sana yang mempunyai pemahaman taktik yang lebih baik daripada kami.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan seperti:

FIFA 17 : Sistem Taktikal Mourinho

FIFA 17 : Taktikal Man Utd Musim 1999-2000 Yang Membawa Ke Treble

FIFA 17 : Taktikal Retro : Total Football Oleh Pasukan Belanda

FIFA 17 : Taktikal Juego de Posición Ala Pep Guordiola

FIFA 17 : Taktikal Serangan Balas

FIFA 17 : Taktikal Untuk Menguasai Pihak Lawan

Jika anda ada panduan taktikal anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan taktikal anda ke email hubungi@konsol.my

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.