Pilihan Kami Tips

FIFA 17 – Taktikal Juego de Posición Ala Pep Guordiola

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Dalam masa kurang daripada empat tahun, Pep Guardiola telah mencapai tahap pencapaian yang cukup mengagumkan dalam dunia bola sepak sebagai pengurus.

Konsep mudah Juego de Posición ialah satu falsafah di mana Pep mementingkan penguasaan bola yang mantap, di mana bertukar-tukar hantaran dan larian sokongan berkumpulan adalah senjata utama yang boleh membawa kepada satu gerakan yang boleh menghasilkan gol.

Pada artikel yang lepas kami telah membuat ulasan tentang taktikal serangan balas. Pada minggu ini kami akan ulas tentang pengubahsuaian taktik untuk mereka yang menggemarkan taktikal penguasaan bola ala Juego de Posición Pep Guardiola.

Baca di sini untuk mengetahui tentang taktikal serangan balas

Sebelum kami teruskan ulasan untuk taktikal pilihan kami pada minggu ini. Kami akan ulaskan serba sedikit panduan menyeluruh untuk pengubahsuaian taktik dan perinciannya.

FIFA 17 : Panduan Taktik

Taktik terdapat di bawah menu Team Management (menu Team Management boleh diakses sebelum anda memulakan perlawanan). Dengan menukar taktik pasukan anda, mungkin anda boleh membantu pasukan anda untuk mencapai matlamat anda di atas padang.

TETAPAN TAKTIK (TACTIC SETTINGS)

BINA CORAK PERMAINAN (BUILD UP PLAY)
Kelajuan (Speed)
Kelajuan untuk pembinaan struktur serangan.
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: PERLAHAN
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: PANTAS
Hantaran (Passing)
Mempengaruhi jarak hantaran dan sokongan dari rakan sepasukan
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: PENDEK
  • 34-66: PELBAGAI
  • 66-100:JAUH
Strategi Posisi (Positioning)
Kebebasan pergerakan pemain
Bentuk (Forms):

  • TERSUSUN (ORGANISED)
  • BEBAS (FREE FORM)
PENCIPTAAN PELUANG (CHANCE CREATION)
Hantaran (Passing)
Jumlah risiko dalam keputusan melakukan hantaran dan larian sokongan.
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: SELAMAT
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: BERISIKO
Hantaran Lintang (Crossing)
Kekerapan melakukan hantaran lintang ke kawasan kotak penalti
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: TIDAK KERAP
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: KERAP
Percubaan – Rembatan (Shooting)
Kekerapan melakukan cubaan ke gawang gol
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: TIDAK KERAP
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: KERAP
Strategi Posisi (Positioning)
Kebebasan pergerakan pemain di kawasan pertiga akhir atau Zon 13 hingga Zon 18
Bentuk (Forms):

  • TERSUSUN (ORGANISED)
  • BEBAS (FREE FORM)
PERTAHANAN (DEFENCE)
Tekanan (Pressure)
Memberi kesan setinggi mana di kawasan padang pasukan anda akan mula melakukan tekanan
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: DALAM KAWASAN ANDA
  • 34-66: SEIMBANGAN
  • 66-100: TINGGI
Agresif (Aggression)
Pendekatan pasukan untuk merampas bola
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: RENDAH
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: TINGGI
Kelebaran Pasukan (Team Width)
Mempengaruhi kelebaran pasukan (posisi di antara pemain)
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: SEMPIT
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: LUAS
Garisan Pertahanan (Defender Line)
Memberi kesan kepada bentuk dan strategi pertahanan
Bentuk (Forms):

  • MENUTUP/MELINDUNG (COVER)
  • PERANGKAP OFFSIDE (OFFSIDE TRAP)

Dengan panduan ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu anda untuk memahami apakah fungsi-fungsi untuk tetapan ini.

Mari kita lihat tetapan yang diperlukan untuk anda yang gemarkan taktikal penguasaan bola.

Penguasaan Bola (Possession)

Satu taktik yang baik untuk anda yang gemarkan build-up play yang menarik dan tidak terlalu gopoh untuk mendapatkan gol. Dengan penggunaan taktik ini, pemain pasukan anda akan lebih untuk melakukan larian sokongan berbanding larian terus ke hadapan.

Ini adalah taktik yang digunakan oleh pasukan yang selesa dengan penguasaan bola, tidak gopoh, dan gemar bermain dengan hantaran pendek.

Walaupun taktikal penguasaan bola dalam FIFA 17 sudah sedia ada. Kami berpendapat taktikal sedia ada itu mampu di tambah baik lagi. Oleh itu kami membuat sedikit pertukaran tetapan. Berikut adalah tetapan taktik ubah suai untuk penggemar taktikal pengusaan bola.

Nota Penting

  • Hantaran-hantaran pendek selamat dan tidak berisiko adalah kunci taktikal ini.
  • Larian sokongan adalah cukup penting.
  • Passing Rating untuk kesebelasan utama pasukan anda perlulah tinggi.
  • Skil individu pemain adalah bonus jika anda mahir dengan penggunaan skil.
  • Formasi yang sesuai untuk taktikal ini adalah 4-3-3 dan 4-3-2-1

Baca di sini untuk pilihan formasi

FIFA 17 – Pilihan Formasi

RUMUSAN

Adakah taktik ini akan menjanjikan anda sebagai pemain FIFA 17 yang hebat? Mungkin tidak. Sudah pasti ramai lagi pemain di luar sana yang mempunyai pemahaman taktik yang lebih baik daripada kami.

Jika anda ada panduan taktikal anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan taktikal anda ke email hubungi@konsol.my.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.