Pilihan Kami Tips

FIFA 17 : Taktikal Man Utd Musim 1999-2000 Yang Membawa Ke Treble

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pasukan Manchester United ketika era 1999-2000, adalah pasukan generasi emas dengan beberapa pemain yang terkenal dengan jolokan kelas 92. Sir Alex Ferguson telah membawa pasukan ini memenangi treble sekaligus.

Salah satu pencapaian yang luar biasa dan cukup dramatik adalah ketika perlawanan akhir Champions League menentang Bayern Munich.

Yorke dan Cole, permata hitam yang boleh dikatakan gandingan penyerang terbaik di dunia dan ditambah pula dengan pemain sayap seperti Ryan Giggs dan David Beckham. Sudah tentu dapat membentuk satu pasukan yang mempunyai serangan yang cukup efektif.

Scholes pula telah berkembang menjadi salah satu pemain tengah terbaik dalam generasinya dan Roy Keane pula adalah penggerak dan nadi untuk pasukan.

Formasi 4-4-2 sering berubah transisi formasi menjadi 4-2-4 ketika permainan. Terutamanya di Old Trafford ketika mereka menguasai permainan. Keindahan formasi 4-4-2 adalah dengan kesederhanaannya.

Empat pertahanan membentuk garis lurus di bahagian pertahan. Kedua-dua pemain tengah pula ditugaskan untuk melindungi pertahanan dan masa yang sama melakukan hantaran kepada penyerang atau pemain sayap. Pemain sayap ditugaskan untuk melakukan hantaran ke dalam kotak penalti lawan.

Taktik Ubahsuai

Jika pasukan anda ingin mencontohi permainan seperti Man Utd ini. Anda perlu menetapkan formasi pasukan anda dalam pembentukan 4-2-2 (2).

Build Up Play: Speed – 62; Passing – 66; Positioning – Organised

Pasukan ini pada zamannya adalah pasukan yang bermain dengan tempo permainan yang agak pantas dan akan memberikan masalah kepada pasukan lawan, jadi kami meletak skor sebanyak 62 untuk Speed.

Corak hantaran pasukan ini juga ketika permainan penuh dengan variasi dari segi build-up play, maka skor 66 untuk Passing adalah sangat bersesuaian dengan taktikal ini.

Posisi yang Organised diperlukan kerana jarang kita melihat Beckham dan Giggs menukar posisi. Begitu juga dengan Cole dan Yorke.

Chance Creation: Passing – 59; Crossing – 72; Shooting – 52; Positioning – Organised

Skor Passing ditetapkan di atas tengah-tengah tetapan skor. Ini membolehkan anda untuk mempunyai banyak pilihan dalam melakukan hantaran yang tepat, agak cepat dan hantaran yang lancar.

Crossing pula ditetapkan dengan skor 72, pasukan Man Utd ini memang cukup terkenal dengan hantaran lintangnya dengan dua pemain sayap terbaik sepanjang zaman.

Untuk Shooting, kami mencadangkan bahawa anda menetapkan skor 52; ini bermakna bahawa pemain tengah anda juga akan melakukan percubaan terus dari kawasan pinggir/luar kotak penalti seperti yang kerap dilakukan oleh Beckham, Giggs dan Scholes.

Posisi masih lagi dengan tetapan Organised, sama seperti Build Up Play di atas.

Defending: Pressure – 61; Aggression – 57; Team width – 52; Cover.

Pasukan ini tidak dinafikan sebagai satu pasukan yang bermain dengan baik sebagai satu unit. Apatah lagi mempunyai pengurus seperti Sir Alex Ferguson yang memastikan pasukan bekerja dengan keras.

Ini bermaksud pasukan anda perlu bermain dengan agak agresif, memberikan tekanan kepada pihak lawan dan juga tidak membuka ruang yang besar di antara pemain. Jadi kami memilih skor 57 untuk Aggression dan 61 untuk Pressure.

Taktikal pertahanan kami memilih untuk tidak bermain perangkap offside kerana pasukan ini jarang di perangkap dengan hantaran bola tinggi. Ini adalah kerana pasukan ini mempunyai pertahanan yang lengkap dari segi fizikal.

Rumusan

Jika anda ingin mempratikkan taktikal ini, pilihan pemain juga perlu dititikberatkan. Sudah tentu pemain-pemain untuk pasukan Man Utd ini tidak berada di dalam FIFA 17. Mungkin anda boleh menggunakan pemain yang mempunyai traits yang seakan-akan sama dengan pemain pasukan Man Utd ini.

Adakah taktik ini akan menjanjikan anda sebagai pemain FIFA 17 yang hebat? Mungkin tidak. Sudah pasti ramai lagi pemain di luar sana yang mempunyai pemahaman taktik yang lebih baik daripada kami.

BACA JUGA – TAKTIKAL JUEGO DE POSICIÓN ALA PEP GUARDIOLA

Jika anda ada panduan taktikal anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan taktikal anda ke email hubungi@konsol.my

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.