Pilihan Kami Tips

FIFA 17 Taktikal Retro : Total Football Oleh Pasukan Belanda

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Ramai pencinta bola sepak akan berhujah dan berbeza pendapat bahawa pasukan Belanda pada era 1965-74 ini telah mengubah cara permainan bola sepak.

Rinus Michels (jurulatih Ajax, Barcelona dan Belanda pada tahun 1965-1974), dengan bantuan seorang pemain cukup berbakat dalam sejarah bola sepak dunia, Johann Cruyff telah membangunkan sistem Total Football yang cukup terkenal.

Pemain bertukar-tukar posisi dan disokong antara satu sama lain dengan gaya permainan yang lancar cukup mengujakan. Michels & Cruyff (diantara bintang) yang menerajui pasukan Ajax untuk kemenangan Piala Eropah tiga kali berturut-turut. Satu pencapaian yang hanya dicapai oleh pasukan Real Madrid yang diterajui oleh Di Stefano dan Puskas.

Michels telah membawa pasukan Belanda ke final Kejohanan Eropah pada tahun 1974. Di sini, beliau menggunakan sistem dan pemain teras yang sama ketika di Ajax.

Pasukan beliau telah menjaringkan 14 gol dan bolos hanya 1 dalam perjalanan ke perlawanan akhir di mana mereka menghadapi pasukan Jerman Barat. Mereka telah menewaskan kedua-dua gergasi Amerika Selatan, Brazil dan Argentina untuk mara ke pentas perlawanan akhir. Malangnya mereka kalah 2-1 di tangan pasukan Jerman Barat.

Taktik Ubahsuai

Sebagai salah satu pasukan ikonik dan permainan yang mengubah corak permainan bola sepak. Gaya permainan pasukan Belanda ini adalah amat unik dan sukar untuk ditiru.

Berikut adalah taktik ubahsuai yang boleh anda cuba untuk bermain dengan gaya mirip permainan pasukan ini. Formasi yang perlu anda gunakan adalah formasi 4-3-3.

Build Up Play: Speed – 36; Passing – 32; Positioning – Free Form

Build-up play adalah amat penting untuk ini taktikal ubahsuai ini. Untuk mendapatkan pergerakan dan larias bebas anda perlu bersabar dan perlu banyak melakukan hantaran pendek.

Seperti apa yang dilakukan pasukan ini, anda perlu bermain dengan hantaran pendek. Jadi kami memilih nilai skor sebanyak 32 untuk Passing.

Anda akan kerap dapat melihat pemain dalam posisi yang berbeza dengan apa yang ditetapkan pada permulaan permainan. Ini adalah kerana tetapan Positioning diubah ke Free Form agar pemain anda boleh bertukar-tukar posisi.

Pergerakan pemain anda akan mengelirukan pertahanan pihak lawan dan akan membuka ruang untuk dieksploitasi seperti apa yang dilakukan pasukan Belanda ini.

**Hantaran pendek 1-2 akan menambah kepada pergerakan bebas pemain. 

Chance Creation: Passing – 59; Crossing – 53; Shooting – 68; Positioning – Free form

Passing harus ditetapkan di antara pertengahan tetapan, di sini kami memilih skor sebanyak 59. Ini bermakna anda akan mempunyai banyak pilihan untuk melakukan hantaran pendek kerana pemain pasukan anda akan berada berdekatan dengan pemain anda yang sedang mengawal bola.

Crossing  juga perlu berada pada anggaran pertengahan, jadi kami meletakan skor sebanyak 53. Pasukan Belanda ini agak kerap melakukan hantaran silang dan ramai pemain yang akan masuk ke kawasan penalti pihak lawan untuk menyambut hantaran lintang.

Untuk Shooting, kami mencadangkan anda menetapkan pada skor 68; ini membolehkan pemain anda akan untuk mendapatkan ruang di dalam dan sekitar kotak penaltik untuk melakukan rembatan gol.

Pasukan Belanda ini menjaringkan gol dari seluruh padang. Maka tetapan ini akan membantu dan sekali lagi, Positioning harus ditetapkan kepada Free form.

Defending: Pressure – 41; Aggression – 45; Team width – 52; Cover

Untuk bertahan seperti pasukan Belanda ini anda perlu memberi tekanan kepada pihak lawan di sekitar garisan tengah padang. Apabila pasukan anda kehilangan bola, pemain anda akan berundur ke kawasan sendiri untuk mendapatkan kembali bentuk formasi asal. Maka tetapan Defending anda perlu mengikut seperti tetapan yang kami cadangkan di atas.

Boleh dikatakan jika pasukan anda bermain dengan gaya permainan ini. Pasukan anda mudah terdedah di bahagian pertahanan jika anda kehilangan bola. Maka anda harus melakukan hantaran dengan berhati-hati agar tidak mudah kehilangan bola.

Anda perlu menggunakan tetapan Cover agar pemain anda dapat berundur kembali ke posisi asal mereka apabila pasukan anda diserang pihak lawan.

Rumusan

Jika anda ingin mempratikkan taktikal ini, pilihan pemain juga perlu dititikberatkan. Sudah tentu pemain-pemain untuk pasukan Belanda ini tidak berada di dalam FIFA 17. Mungkin anda boleh menggunakan pemain yang mempunyai traits yang seakan-akan sama dengan pemain pasukan Belanda ini.

Adakah taktik ini akan menjanjikan anda sebagai pemain FIFA 17 yang hebat? Mungkin tidak. Sudah pasti ramai lagi pemain di luar sana yang mempunyai pemahaman taktik yang lebih baik daripada kami.

Baca Juga : FIFA 17 : Taktikal Man Utd Musim 1999-2000 Yang Membawa Ke Treble

Jika anda ada panduan taktikal anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan taktikal anda ke email hubungi@konsol.my

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.