Pilihan Kami Tips

FIFA 17 – Taktikal Serangan Balas

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

FIFA 17 sudah pun beberapa bulan berada di pasaran dah kita telah dapat melihat pelbagai corak permainan khususnya ketika bermain di atas talian. Sama ada taktik asal atau taktik yang telah di ubah suai.

Pada artikel yang lepas kami telah membuat ulasan tentang taktikal untuk menguasai permainan. Pada minggu ini kami akan ulas tentang pengubahsuaian taktik untuk mereka yang menggemarkan taktikal bertahan dan serangan balas pantas ala-ala Real Madrid.

Baca di sini untuk mengetahui tentang taktikal untuk menguasai permainan

Sebelum kami teruskan ulasan untuk taktikal pilihan kami pada minggu ini. Kami akan ulaskan serba sedikit panduan menyeluruh untuk pengubahsuaian taktik dan perinciannya.

FIFA 17 : Panduan Taktik

Taktik terdapat di bawah menu Team Management (menu Team Management boleh diakses sebelum anda memulakan perlawanan). Dengan menukar taktik pasukan anda, mungkin anda boleh membantu pasukan anda untuk mencapai matlamat anda di atas padang.

TETAPAN TAKTIK (TACTIC SETTINGS)

BINA CORAK PERMAINAN (BUILD UP PLAY)
Kelajuan (Speed)
Kelajuan untuk pembinaan struktur serangan.
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: PERLAHAN
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: PANTAS
Hantaran (Passing)
Mempengaruhi jarak hantaran dan sokongan dari rakan sepasukan
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: PENDEK
  • 34-66: PELBAGAI
  • 66-100:JAUH
Strategi Posisi (Positioning)
Kebebasan pergerakan pemain
Bentuk (Forms):

  • TERSUSUN (ORGANISED)
  • BEBAS (FREE FORM)
PENCIPTAAN PELUANG (CHANCE CREATION)
Hantaran (Passing)
Jumlah risiko dalam keputusan melakukan hantaran dan larian sokongan.
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: SELAMAT
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: BERISIKO
Hantaran Lintang (Crossing)
Kekerapan melakukan hantaran lintang ke kawasan kotak penalti
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: TIDAK KERAP
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: KERAP
Percubaan – Rembatan (Shooting)
Kekerapan melakukan cubaan ke gawang gol
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: TIDAK KERAP
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: KERAP
Strategi Posisi (Positioning)
Kebebasan pergerakan pemain di kawasan pertiga akhir atau Zon 13 hingga Zon 18
Bentuk (Forms):

  • TERSUSUN (ORGANISED)
  • BEBAS (FREE FORM)
PERTAHANAN (DEFENCE)
Tekanan (Pressure)
Memberi kesan setinggi mana di kawasan padang pasukan anda akan mula melakukan tekanan
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: DALAM KAWASAN ANDA
  • 34-66: SEIMBANGAN
  • 66-100: TINGGI
Agresif (Aggression)
Pendekatan pasukan untuk merampas bola
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: RENDAH
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: TINGGI
Kelebaran Pasukan (Team Width)
Mempengaruhi kelebaran pasukan (posisi di antara pemain)
Nilai (Values): 1-100

  • 1-33: SEMPIT
  • 34-66: SEIMBANG
  • 66-100: LUAS
Garisan Pertahanan (Defender Line)
Memberi kesan kepada bentuk dan strategi pertahanan
Bentuk (Forms):

  • MENUTUP/MELINDUNG (COVER)
  • PERANGKAP OFFSIDE (OFFSIDE TRAP)

Dengan panduan ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu anda untuk memahami apakah fungsi-fungsi untuk tetapan ini.

Mari kita lihat tetapan yang diperlukan untuk anda yang gemarkan taktikal serangan balas.

Serangan Balas (Counter Attack)

Taktik serangan balas dalam FIFA 17 adalah paling sesuai untuk anda yang gemarkan permainan secara bertahan atau pasukan anda sudah mendahului pihak lawan dan ingin bertahan untuk mengekalkan keputusan perlawanan.

Taktikal ini juga mampu menghukum kecuaian pihak lawan tatkala mereka sedang berteka-teki untuk menembusi pertahanan anda.

Dengan penggunaan taktik ini, pasukan anda akan cuba untuk menyerap segala tekanan serangan, dan memenangi kawalan bola dari pihak lawan. Apabila pasukan anda sudah kembali merampas bola, pasukan serangan anda akan pantas berlari kehadapan untuk melakukan serangan balas pantas.

Walaupun taktikal serangan balas dalam FIFA 17 sudah sedia ada. Kami berpendapat taktikal sedia ada itu mampu di tambah baik lagi. Oleh itu kami membuat sedikit pertukaran tetapan. Berikut adalah tetapan taktik ubah suai untuk penggemar taktikal serangan balas pantas.

Nota Penting

  • Pembinaan permainan anda akan berlaku dengan pantas
  • Amat digalakkan untuk mempunyai pemain dengan rating pace yang tinggi terutamanya bagi penyerang dan pemain tengah menyerang.
  • Gunakan penyerang yang mempunyai rating finishing yang tinggi.
  • Juga digalakkan untuk menggunakan pemain tengah yang mempunyai rating passing yang tinggi.

RUMUSAN

Adakah taktik ini akan menjanjikan anda sebagai pemain FIFA 17 yang hebat? Mungkin tidak. Sudah pasti ramai lagi pemain di luar sana yang mempunyai pemahaman taktik yang lebih baik daripada kami.

Jika anda ada panduan taktikal anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama. Sila hantar panduan taktikal anda ke email hubungi@konsol.my.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Pesan / Sikit : Adakah anda ingin mencuba taktik ini bersama kawan-kawan atau menggunakan taktik ini dengan pemain online di seluruh dunia? Kami ada cadangan, apakata anda berlawan dengan seorang pemain tegar FIFA 17 pilihan kami. Anda boleh hubungi adik manis ini, Nia Adyana.

Selepas dah berlawan dengan beliau, apa lagi kongsikan pengalaman dan keputusan perlawanan anda bersama Nia Adyana dengan kami. Hihihi

Nia Adyana juga mempunyai Facebook Page Untuk Fifa. FB Page ini bertujuan untuk mengumpul seberapa banyak yang boleh pemain kaum wanita khususnya yang menceburi permainan FIFA17, bagi anda yang mengenali mana-mana kaum wanita yang bermain permainan ini ajaklah mereka untuk memberi sokongan pada page ini dengan menekan butang LIKE dan SHARE

Jika terpaksa, anda boleh memujuk kawan perempuan anda dengan teh o ais atau lebih baik churros dengan sirap karamel.