Berita

FIFA 18: Akan Dipertontonkan Buat Pertama Kali Pada Hari Ini

Diolah oleh Konsol

Sempena bulan Ramadhan dan Jun 2017 ini, terlalu banyak berita gembira untuk peminat permainan video telah diumumkan.

Contohnya seperti pelancaran Tekken 7, acara E3 yang bakal berlangsung dan yang terkini pihak EA telah mengumumkan untuk julung kalinya akan mempertontonkan permainan kesukaan ramai iaitu Fifa 18.

Pihak EA baru sahaja membuat pengumuman ini di akaun rasmi Twitter mereka. Disamping itu juga, mereka telah memuat naik gambar Fifa 18 dengan menggunakan kapsyen mari melihat “The World’s Game.

Walaupun tiada masa yang ditetapkan untuk trailer ini didedahkan, pihak EA menyarankan kepada peminat untuk melanggan saluran Youtube mereka bagi tidak melepaskan peluang untuk menonton trailer terbaru Fifa 18 ini apabila ia di muat naik pada hari ini.

Disamping itu juga, semua sedia maklum bahawa Fifa 18 juga akan datang ke platform Nintendo Switch.

Tetapi ia masih tidak jelas sama ada versi Nitendo Switch ini adalah versi yang sama seperti platform PS4 dan Xbox One.

Atau ianya hanyalah versi yang telah diubahsuai dan diturunkan kebolehannya berbanding versi yang akan dimainkan di platform PS4 dan Xbox One.

Jadi adakah anda teruja dengan pengumuman terbaru dari pihak EA ini?

Kongsikan bersama kami 🙂

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.