Pilihan Kami Tips

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

Diolah oleh hang92

Permainan ini ditawarkan dalam 3 edisi berbeza iaitu Icon Edition, Ronaldo Edition dan Standard Edition

Permainan bolasepak paling popular ini akan tiba tidak lama lagi dan boleh dimainkan pada pelbagai platform seperti Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Xbox 360, Microsoft Windows dan PlayStation 3

Dan permainan ini juga akan dilancarkan dalam tiga versi berbeza iaitu Icon Edition, Ronaldo Edition dan Standard Edition, namun tahukah anda tentang perbezaan yang dibawa oleh ketiga edisi yang berlainan ini?

Icon Edition

Icon Edition merupakan edisi penuh yang mempunyai kesemua ciri baru di dalam FIFA 18, dan edisi ini merupakan paling mahal.

Edisi ini boleh didapatkan mulai 26 September ini, iaitu seawal 3 hari sebelum tarikh pelancaran FIFA 18 ke dunia nyata iaitu 29 September.

Edisi ini menawarkan sebanyak 40 pasukan daripada FIFA Ultimate Team Jumbo Premium Gold Packs – setiap 2 pasukan akan muncul setiap minggu selama 2o minggu keseluruhan.

Anda boleh bermain menggunakan Cristiano Ronaldo dan Ronaldo Luís Nazário sebanyak 5 kali di dalam perlawanan FUT.

Edisi ini juga akan memasukkan sebanyak lapan kit istimewa FUT dan juga beberapa runut bunyi daripada FIFA.

Ronaldo Edition

Edisi ini boleh didapatkan mulai 26 September ini, iaitu seawal 3 hari sebelum tarikh pelancaran FIFA 18 ke dunia nyata iaitu 29 September.

Edisi ini menawarkan sebanyak 20 pasukan daripada FIFA Ultimate Team Jumbo Premium Gold Packs – setiap 1 pasukan akan muncul setiap minggu selama 2o minggu keseluruhan.

Anda boleh bermain menggunakan Cristiano Ronaldo sebanyak 5 kali di dalam perlawanan FUT.

Edisi ini juga akan memasukkan sebanyak lapan kit istimewa FUT dan juga beberapa runut bunyi daripada FIFA.

Standard edition

Tarikh pelancaran edisi standard FIFA 18 ini ke dunia nyata adalah 29 September.

Edisi ini menawarkan sebanyak 5 pasukan daripada FIFA Ultimate Team Jumbo Premium Gold Packs – setiap 1 pasukan akan muncul setiap minggu selama 5 minggu keseluruhan.

Anda boleh bermain menggunakan Cristiano Ronaldo sebanyak 5 kali di dalam perlawanan FUT.

Edisi ini juga akan memasukkan sebanyak lapan kit istimewa FUT dan juga beberapa runut bunyi daripada FIFA.

Rumusan

Nampaknya semakin menjadi-jadi pihak Electronics Art (EA) dalam usaha mengukuhkan kedudukan kewangan mereka di pasaran permainan video bola sepak.

Kita sebagai peminat setia permainan bolasepak ini pun pening untuk memilih yang mana untuk dimainkan kelak.

Untuk anda yang sudah tidak sabar untuk memainkan permainan ini, FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September 2017 pada PlaystationXboxNintendo Switch dan juga PC.

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk memainkan permainan bola sepak teragung ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Segala pendapat dan pandangan anda, amatlah kami hargai.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18: Jika Anda Rasa Grafik PES 2018 Realistik, Cuba Anda Saksikan FIFA 18 Pula

FIFA 18: Saksikan Video Mod Kerjaya Yang Tertiris Baru-baru Ini

PS4 FIFA 18 Bundle Diumumkan Untuk Eropah

Mari Saksikan Evolusi Sepakan Percuma Christiano Ronaldo Dari FIFA 04 Hingga FIFA 17

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia