Tips

FIFA 18: Bagaimana Hendak Membuat Gaya Gelecek El Tornado

Diolah oleh hang92

FIFA 18 kini telah mewujudkan set gaya terbaru mengelecek yang dinamakan sebagai El Tornado.

Seperti yang ditayangkan di dalam video di bawah, anda akan melihat pemain bola memusingkan bola terlebih dahulu, mengangkat sedikit lalu menyepak terus bola ke gawang gol.

Untuk melakukan El Tornado adalah sangat mudah sebenarnya – anda hanya perlu mengikuti langkah berikut

Untuk platform PS4;

Tahan butang L1 dan gerakkan Kayu Analog kanan ke atas dan ke tepi (bergantung arah mana yang anda tuju)

Untuk platform Xbox One:

Tahan butang LB dan gerakkan butang RS ke atas dan ke tepi.

Malah gaya ini juga boleh anda lakukan pada PS3, Xbox 360 dan PC juga.

Anda perlu ingat hanya beberapa pemain sahaja yang boleh melakukan gerakan El Tornado ini. Pemain tersebut adalah:

  • Cristiano Ronaldo
  • Antoine Griezmann
  • Dele Alli
  • Roberto Carlos

EA mendakwa sekiranya ada pemain baru yang boleh melakukan El Tornado di dalam dunia sebenar, mereka akan mengemaskini FIFA 18 untuk mewujudkan El Tornado bagi pemain baru tersebut

Sangat cantik!

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18: Permain Muda Berpotensi Besar Dan Permata Tersembunyi

Ini Adalah Gol Tercantik Dalam FIFA 18 Setakat Ini – Pusingan 1

FIFA 18: Pemain-Pemain Terbaik Untuk Setiap Kebolehan Teknikal

Kemaskini Pertama FIFA 18 Tertumpu Kepada Penjaga Gol Dan Rembatan Gol

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.