Berita

FIFA 18: Career Mode Akan Menggunakan Enjin Frostbite

FIFA-18-Lukaku-Mourinho
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

FIFA 18 Career Mode akan dijalankan oleh Frostbite di PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Teknologi permainan Frostbite membawa peminat di dalam karier mereka dengan memperkenalkan rundingan pemindahan yang interaktif, klip berita sinematik yang dinamik menjadikan pengalaman Career Mode lebih mendalam dan lebih realistik.

Rundingan Perpindahan Interaktif

Proses rundingan perpindahan telah diubahsuai sepenuhnya untuk mewujudkan perundingan pemindahan dan masa nyata yang mendalam. Hub pemindahan baru di Career Main Menu membolehkan anda menjejaki semua sasaran pemindahan dan pemain yang disenaraikan, dan menggunakan sistem perundingan pemindahan yang interaktif.

Dengan ciri yang lebih interaktif, anda kini boleh berunding secara individu dengan kelab lawan dan wakil pemain, termasuk pengurus dan ejen untuk medapat kesepakatan di dalam rundingan. Anda juga boleh mewakilkan rundingan kepada pembantu anda dari Transfers Hub yang terbaru jika anda tidak mahu hadir dalam rundingan itu.

  • Untuk memulakan rundingan untuk pemain, masuk ke menu transfer hub, pilih pemain dari senarai pendek anda, dan hubungi pemain itu. Sebaik sahaja anda memasuki rundingan tersebut, terdapat dua langkah untuk menyelesaikan pemindahan.Bertemu secara individu di pejabat anda dengan pengurus atau wakil kelab untuk mengatur bayaran untuk pemain. Dengan menggunakan roda pilihan keputusan yang baru, anda akan dapat menyatakan harga tawaran, dan juga memasukkan syarat-syarat pilihan seperti klausa penjualan. Selepas tawaran dihantar, anda akan memulakan dialog dengan pengurus lawan, yang sama ada akan menerima, menolak atau mengatasi tawaran anda. Rundingan AI yang baru ini bermakna pengurus kelab akan terlibat dengan respons yang dinamik dan pelbagai untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk kelab mereka.

FIFA-18

  • Sebaik sahaja perjanjian dibuat pada harga pemindahan, anda boleh berunding secara langsung dengan pemain dan ejennya. Anda akan menentukan bukan sahaja gaji pemain dan tempoh kontrak, tetapi juga peranannya di dalam skuad, klausa pelepasan, dan bonus.

fifa-18

Klip Dinamik Terbaru Yang Dijalankan Oleh Enjin Frostbite

fifa-18-lukaku

Setelah mendapat kesepakatan antara kelab dan pemain, pemain yang dibeli akan dipindahkan ke pasukan anda. Dalam FIFA 18 Career Mode, semua urusan kelab dan pemain, serta berita penting di seluruh dunia bola sepak, akan dipaparkan menggunakan teknologi baru yang menghasilkan klip berita di dalam menu utama Career Mode.

Sebagai contoh, apabila pemain berpindah kelab, anda akan dapat melihat pengumuman dinamik, termasuk papan iklan, rakaman dengan rakan sepasukan barunya dan sidang akhbar dengan pengurus barunya.

fifa-18-de-gea

Sebagai tambahan kepada urusan perpindahan, anda juga akan dapat melihat visual baru apabila pemain memenangi anugerah Player of the Month, dan apabila pasukan anda memenangi gelaran atau piala.

FIFA 18 akan dilancarkan dalam beberapa minggu sahaja lagi iaitu pada 29 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18 Memperlihatkan Kemahiran Pemain Dalam Treler Terbaru

EA Sports Mengumumkan Edisi Terhad FIFA 18 Ajax

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

FIFA 18: Demo Permainan Akan Dilancarkan Pada 15 September Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.