Berita

FIFA 18: Demo Permainan Akan Dilancarkan Pada 15 September Ini

Diolah oleh hang92

FIFA 18 akan dilancarkan tidak lama lagi, tetapi anda terpaksa menunggu sehingga 29 September untuk bermain dengan permainan bolasepak yang paling dinantikan ini.

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas, demo FIFA selalunya akan dikeluarkan dua minggu sebelum permainan yang penuh dilancarkan. Dan pada tahun ini, tarikh tersebut jatuh pada 15 September, dua minggu sebelum tarikh pelancaran.

Mengikut sejarah, demo FIFA 17 dikeluarkan pada 13 September, dua minggu sebelum tarikh pelancaran permainan penuh 27 September. FIFA 16 juga mengikut corak yang sama dimana demo dikeluarkan pada 8 September dan permainan dilancarkan pada 22 September.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai akses beta – hanya orang tertentu sahaja yang mendapat akses beta yang dilancarkan pada 18 Ogos 2017, anda akan dapat menguji permainan FIFA 18 sekitar 15 September ini, tetapi di dalam bentuk demo.

Bagaimana Cara Hendak Anda Memuat Turun Permainan FIFA 18?

Demo ini akan dikeluarkan pada Origin, PS Store dan Xbox Live. Ianya akan dinyatakan sebagai ‘Featured’ jadi tiada masalah untuk anda mencari di situ.

Jika anda tidak menjumpainya, hanya taipkan kata kunci carian ‘FIFA 18 demo’.
Setelah anda menjumpainya, hanya klik ‘download’ untuk memuat turun.

Jadi, apa yang ada di dalam demo tersebut?

Sama juga seperti tahun-tahun lepas, anda boleh bermain dengan menggunakan beberapa pasukan ternama seperti  Manchester United, Manchester City, Real Madrid, Bayern Munich, Chelsea, PSG dan Juventus.

Di sini disenaraikan pasukan bolasepak yang boleh dimainkan pada demo tersebut:

  • Manchester City
  • Manchester United
  • Chelsea
  • Real Madrid
  • Atletico Madrid
  • Juventus
  • Bayern Munich
  • PSG
  • LA Galaxy
  • Toronto FC

Anda juga dijangka dapat bermaina bahagian pertama The Journey: Hunter Returns – kami tidak galakkan anda bermain episod ini sekiranya anda tidak pernah bermain The Journey musim lepas.

Saya tidak sabar, saya hendak bermain lebih awal daripada tarikh demo dikeluarkan.

Jika anda seorang insan yang bertuah, ya anda boleh, dalam edisi beta

Malangnya, bagi semua pemain yang berminat untuk bermain dengan permainan FIFA 18 dalam bentuk edisi beta, anda harus menunggu dengan lebih lama lagi, walaupun acapkali anda mengirimkan permohonan kepada EA untuk akses tersebut.

EA telah membuat sistem beta yang baru pada tahun ini, mereka tidak lagi melayan permintaan oleh peminat yang mahukan bermain dengan lebih awal dalam bentuk beta, sebaliknya mereka hanya memilih sendiri pemain tertentu melalui JEMPUTAN yang dipilih khas oleh EA Sports.

Jadi peluang anda untuk bermain beta adalah 0.0001%