Berita

FIFA 18: EA Sports Melancarkan Treler Yang Menampilkan Neymar Bersama PSG

neymar-psg-fifa18
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Umum mengetahui bahawa Barcelona adalah pasukan rasmi untuk PES 2018 dan kini persaingan yang sengit diantara pihak EA dan Konami telah pun menjadi semakin rancak. Dengan kini Neymar telah secara rasmi berpindah ke Paris Saint-Germain FC. 

Hanya beberapa jam selepas pemindahan rekod dunia Neymar diumumkan, EA Sports tanpa berlengah terus mengeluarkan treler khas mereka yang memperkenalkan bintang Brazil ini tampil dengan memakai kit pasukan barunya, Paris Saint-Germain FC.

Pemindahan Neymar dari Barcelona ini bernilai €222 juta (~RM1.12 bilion). Neymar menjadi tumpuan di dalam treler terbaru yang dikeluarkan EA Sports ini.

Neymar ditampilkan bersama dengan pemain Brazil lain yang juga pemain Paris Saint-Germain, yang kini termasuk Dani Alves, Thiago Silva, Marquinhos dan Lucas Moura.

FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September 2017 dan pra tempahan seawal 26 September 2017 untuk memastikan anda menjadi orang terawal memainkan FIFA 18 ini.

FIFA 18 akan dilancarkan ke PlayStation 4, Xbox One, PC, Nintendo Switch, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

FIFA 18: Ikon Ronaldinho Dan Cara Permainan FUT Dipertontonkan

PS4 FIFA 18 Bundle Diumumkan Untuk Eropah

[TERKINI] FIFA 18 Akan Berada di PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur!

FIFA 18: Liga Baru Yang Pertama Diperkenalkan Dan Ianya Adalah Liga Jerman Divisyen Ke-3

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.