Berita

FIFA 18: Gambar 10 Ikon FUT Tertiris Ke Dunia Internet

Diolah oleh hang92

Seperti yang anda tahu, video treler promosi FIFA Ultimate Team atau FUT telah dikeluarkan pada minggu lepas. Di dalam video ini, EA memperkenalkan 5 watak yang boleh dimainkan apabila permainan FIFA 18 dilancarkan kelak.

5 ikon bolasepak yang dimaksudkan adalah Ronaldo Nazário, Maradona, Thierry Henry, Lev Yashin, dan Pelé.

EA juga mengatakan bahawa terdapat lebih banyak ikon akan diperkenalkan di dalam FIFA 18 ini.

Namun, baru-baru ini, seorang pemain FIFA profesional iaitu Mike LaBelle secara tidak sengaja (atau sengaja) telah berkongsi gambar mengenai ikon lain di dalam FUT FIFA 18 ini.

Jika anda perhatikan, ikon lain yang boleh didapati termasuk Gerrard, David Beckham, Zinedine Zidane, Philip Lahm, dan Ronaldinho.

Ronaldinho and David Beckham are two of the most popular players fans want to see in the next game

Walaupun imej ini tidak boleh dipastikan, namun kita sebagai peminat FIFA sangat berharap ikon-ikon ini dapat disertakan sekali. Tak salah pun.

sumber: dreamteamfc

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.