Berita

FIFA 18: Ikon Ronaldinho Dan Cara Permainan FUT Dipertontonkan

Diolah oleh Konsol

Nampaknya persaingan yang sengit diantara pihak EA dan Konami telah pun menjadi semakin rancak.

Kedua-dua belah pihak nampaknya saling mempromosikan permainan bola sepak terbaru mereka. Jika pada beberapa hari lepas pihak Konami baru sahaja mendedahkan spesifikasi permainan Pro Evolution Soccer 2018 pada PC.

Kini tiba pula giliran pihak Electronics Art (EA) untuk mempertontonkan adegan terbaru didalam siri permainan Fifa 18 yang bakal dilancarkan penghujung bulan September ini.

Pada video treler diatas, pihak Electronics Art (EA) telah mendedahkan ciri baru yang dinamakan sebagai “Cerita”. Didalam ciri baru ini pemain klasik akan menerima tiga kad pasukan Ultimate untuk peringkat yang berlainan dalam kerjaya mereka.

Didalam ciri “Cerita” ini, anda akan berpeluang untuk bermain sebagai Ronaldinho, Pele, Thiery Henry, Rio Ferdinand, Ronaldo (Si Pekan) dan juga lagenda tangan dewa iaitu Maradona.

Selain daripada itu, FIFA 18 juga akan hadir dengan ciri Squad Battle, dimana setiap pemain boleh berlawan diantara satu sama lain dan berupaya meningkatkan tahap pasukan masing-masing.

Rumusan

Nampaknya semakin menjadi-jadi pihak Electronics Art (EA) dalam usaha mengukuhkan cengkaman mereka di pasaran permainan video bola sepak.

Setiap tahun, ada sahaja pembaharuan yang dilakukan oleh pihak mereka. Sampaikan kita sebagai peminat setia permainan bola sepak akan ternanti-nanti setiap tahun untuk memainkan permainan yang digilai ramai ini.

Untuk anda yang sudah tidak sabar untuk memainkan permainan ini, FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September 2017 pada Playstation, Xbox, Nitendo Switch dan juga PC.

Bagi yang takut permainan ini kehabisan stok pada hari perlancaran. Jangan risau, anda boleh membuat pra tempahan seawal 26 September 2017 untuk memastikan anda menjadi orang terawal memainkan FIFA 18 ini.

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk memainkan permainan bola sepak teragung ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Segala pendapat dan pandangan anda, amatlah kami hargai.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.