Berita

FIFA 18: Jika Anda Rasa Grafik PES 2018 Realistik, Cuba Anda Saksikan FIFA 18 Pula

Diolah oleh hang92

Sebuah lagi video tertiris yang menunjukkan wajah beberapa pemain ternama daripada permainan akan datang ini. Wajah-wajah pemain seperti Antoine Griezmann, Ahmed Musa dan Romelu Lukaku sehingga Paulo Dybala, Douglas Costa dan Radja Nainggolan.

Walaupun kualiti video ini rendah, namun dapat dilihat dengan jelas wajah pemain yang telah dinaiktaraf berbanding dengan permainan sebelumnya iaitu FIFA 17.

Teknologi Frostbite Engine, yang digunakan pada permainan ini untuk kali kedua, telah dinaiktaraf sekali lagi untuk membawa kepada anda grafik, pergerakan dan perincian yang lebih realistik daripada sebelumnya.

Pada penghujung bulan Jun yang lepas, kami telah mengeluarkan artikel bertajuk PES 2018: Wajah Pemain Sebenar VS Wajah Pemain Didalam PES 2018, yang berkait rapat dengan penaiktarafan daripada Konami terhadap wajah-wajah pemain.

Pada tahun ini, Konami nampak gayanya telah membuat semula secara keseluruhan animasi dari segi pergerakan sehingga wajah pemain yang lebih mendekati kepada ciri-ciri pemain bolasepak di dalam dunia realiti.

MARI KITA SAKSIKAN VIDEO WAJAH PEMAIN DI DALAM FIFA 18 DI BAWAH

 Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

FIFA 18: EA Sports Melancarkan Treler Yang Menampilkan Neymar Bersama PSG

PS4 FIFA 18 Bundle Diumumkan Untuk Eropah

PES2017: Lagenda Dunia Klasik Menentang Bintang Pilihan 2017, Agak Siapa Yang Menang?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.