Berita

FIFA 18: Kisah Alex Hunter Kali Ini Menampilkan Beberapa Bintang Bolasepak Dunia

fifa-18-the-journey
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

FIFA 18 akan mempunyai ‘The Journey: Hunter Returns‘, yang akan membawa sambungan perjalanan kerjaya Alex Hunter. Kini, treler rasmi ‘The Journey: Hunter Returns‘ telah dipertontonkan yang turut menampilkan bintang-bintang bola sepak dunia.

The Journey: Hunter Returns menceritakan tentang kisah Alex Hunter, protagonis di dalam mod cerita tahun lalu, dan dia akan berhadapan dengan beberapa pilihan sukar untuk dibuat. FC Bayern, Atlético Madrid, dan Paris Saint-Germain kesemua kelab ini ingin mendapatkan khidmatnya.

Hunter pasti akan membuat langkah terbesar dalam kariernya di dalam siri The Journey untuk musim terbaru kali ini.

Cerita untuk musim ini pula akan akan menampilkan beberapa bintang bolasepak termasuk bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann, Thomas Müller, Thierry Henry, dan Rio Ferdinand. Bintang bola keranjang NBA, James Harden, juga membuat penampilan.

FIFA 18 akan dijual dalam tiga edisi yang berbeza. Standard Edition akan menyertakan permainan dan akan tersedia pada tarikh pelancaran. Ronaldo Edition, dan ICON Edition akan memberi para pemain peluang untuk memainkan FIFA 18 tiga hari lebih awal, dan menampilkan beberapa kelebihan di FIFA Ultimate Team untuk dinikmati.

FIFA 18 akan dilancarkan dalam beberapa minggu sahaja lagi iaitu pada 29 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18: Career Mode Akan Menggunakan Enjin Frostbite

FIFA 18 Memperlihatkan Kemahiran Pemain Dalam Treler Terbaru

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

FIFA 18: Demo Permainan Akan Dilancarkan Pada 15 September Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.