Ulasan

FIFA 18: Layakkah Ronaldo Menghiasi Muka Hadapan Permainan Ini?

Diolah oleh hang92

Di dalam kulit permainan terbaru FIFA18, bintang terkenal Real Madrid ini boleh dilihat memegang bola sambil mencari idea bagaimana mahu menjaringkan gol. Huhu

Terdapat tulisan ‘Ronaldo Edition’ di bahagian atas tajuk permainan pada kotak permainan versi Xbox One dan PS4, dan disulami logo FIFA 18 di atas.

The Xbox One cover of FIFA 18

Pemilihan Ronaldo sebagai ikon baru FIFA 18 menandakan berakhirnya musim yang hebat untuk pasukan Portugis dan Ronaldo khususnya – dimana kita menyaksikan Ronaldo telah memenangi Kejohanan Eropah dengan Portugal pada musim panas lalu, La Liga bersama Real Madrid serta anugerah Ballon D’Or.

Ronaldo telah menjaringkan dua gol dalam Liga Juara-Juara dan berakhir pada kemenangan 4-1 dengan Juventus pada hujung minggu lalu.

The Real Madrid star looks much more lifelike in FIFA 18

Ronaldo sekali lagi akan berlawan satu dengan satu dengan pesaing terdekatnya iaitu Messi. Untuk pengetahuan anda, kotak permainan PES 2018 akan dihiasi dengan gambar Messi dan rakan sepasukan Barca lain, apabila permainan ini dilancarkan pada September kelak.

Kita tidak tahu berapa banyak wang yang telah dibayar kepada bintang Portugis ini untuk menghiasi kulit permainan FIFA 18, tetapi kami menjangkakan bayaran ini lebih dari gaji tahunan PM Malaysia.

We were so sure that Ronaldo was going to be the cover star we mocked our own version up

Langkah untuk menampilkan Ronaldo sebagai ikon FIFA 18 menunjukkan harapan EA untuk menjadikan permainan FIFA 18 sebagai permainan global yang terbesar pada tahun ini.

Ronaldo bukan sahaja salah satu daripada pemain bola sepak yang paling terkenal, tetapi juga selebriti yang amat dikenali di seluruh dunia.

Pada usia 32 tahun, dia boleh dikatakan menempuh musim yang paling berjaya pada seumur hidupnya. Tetapi adakah beliau akan mengulangi rentak ini pada tahun-tahun akan datang masih lagi kita tidak pasti.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

PES 2018 : Bagaimana Mahu Berlagak Seperti Anda Tahu Tentang Permainan Ini

PES 2018 : Akan Dilancarkan Pada 14 September Pada Semua Platform

PES 2017 : Kini Boleh Dimainkan Di Telefon Bimbit Anda