Berita

FIFA 18: Liga Baru Yang Pertama Diperkenalkan – Dan Ianya Adalah Liga Jerman Divisyen Ke-3

fifa18-ronaldo
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pengumuman liga baru untuk permainan bola sepak adalah satu perkara yang dianggap penting – dan ia adalah kejayaan pertama untuk EA Canada menjelang perlumbaan pelesenan musim ini, dengan berita bahawa Liga Divisyen Ke-3 Jerman akan hadir ke FIFA 18.

Laporan ini datang dari laman bola separk German, Kicker, yang menyatakan,

Perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) dan Electronic Arts (EA) telah dipersetujui, dan kini ianya hanya menanti pengumuman rasmi.

“Berita baik untuk peminat SpVgg Unterhaching, Karlsruhe SC dan 18 kelab lain di liga kelas ke-3 Jerman: ianya akan diperkenalkan dalam FIFA 18.”

Walaupun mungkin ada peminat yang akan memandang sinis tentang berita ini, penting untuk mengetahui bahawa kumpulan pasukan di divisyen ke-3 Liga Jerman ini adalah salah satu liga yang paling diminta.

fifa-18-real-madrid-atletico-madrid

Undian peminat yang berterusan di fifplay menempatkan Liga Divisyen Ke-3 Jerman ini sebagai liga baru yang paling dikehendaki di FIFA 18, dengan lebih 230,000 undi, mendahului liga utama India dan China. Liga Malaysia pula hanya berada dikedudukan ke-15 dengan undian sebanyak lebih 38,000.

Ini menunjukkan EA Sports mendengar suara peminat dengan menitikberatkan undian yang dilakukan di fifplay.

FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September di PlayStation 4, Xbox One, PC, Nintendo Switch, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

FIFA 18: Rakaman Permainan Real Madrid Dan Chelsea Di E3 Tertiris Di Atas Talian

FIFA 18 : The Journey: Hunter Returns; Dan Treler Dalam Permainan Dipertontonkan

FIFA 18: Saksikan Video Pelancaran Pertama Dari EA

FIFA 18 : Versi Di Nintendo Switch Kehilangan Dua Ciri Penting

Sumber: GamesRadar

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia