Berita

[Kemas Kini] FIFA 18: Markah Penarafan Pemain (100-61) Didedahkan Bersama Treler

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

FIFA 18 telah melancarkan markah penarafan pemain untuk kumpulan pertama, yang menyaksikan penyerang Monaco, Radamel Falcao kembali ke dalam keduduk 100 teratas.

Dengan pelancaran FIFA 18 hanya beberapa minggu sahaja lagi, iaitu pada 29 September ini, EA Sports akan mendedahkan markah penarafan pemain sepanjang bulan September secara berperingkat.

Hari ini, EA Sports telah mengumumkan kumpulan pertama 100 pemain teratas dengan penilaian berdasarkan prestasi mereka pada tahun lepas.

Berikut adalah senarai pemain untuk kumpulan pertama yang didedahkan;

Senarai Pemain 100-81 Teratas

Pemain Pasukan Markah Penarafan
100 Bernardo Silva Man City 84
99 Sami Khedira Juventus 84
98 Sadio Mane Liverpool 84
97 Dani Alves PSG 84
96 Marco Asensio Real Madrid 84
95 Falcao Monaco 84
94 Mauro Icardi Inter 84
93 Dele Alli Tottenham 84
92 Bernd Leno Leverkusen 85
91 Claudio Marchisio Juventus 85
90 Stephane Ruffier Saint-Etienne 85
89 Ilkay Gundogan Man City 85
88 Danijel Subasic AS Monaco 85
87 Raphael Varane Real Madrid 85
86 Kamil Glik AS Monaco 85
85 Andrea Barzagli Juventus 85
84 Vincent Kompany Man City 85
83 Henrikh Mkhitaryan Man Utd 85
82 Yannick Carrasco Atletico Madrid 85
81 Marc-Andre ter Stegen Barcelona 85

Untuk senarai penuh 100-81. Klik di sini easports.com

Senarai Pemain 80-61 Teratas

Pemain Pasukan Markah Penarafan
80 Jan Vertonghen Tottenham 85
79 Angel Di Maria PSG 85
78 Filipe Luís Atletico Madrid 85
77 Lorenzo Insigne Napoli 85
76 Cesar Azpilicueta Chelsea 85
75 Miralem Pjanic Juventus 85
74 Jordi Alba FC Barcelona 85
73 Keylor Navas Real Madrid 85
72 Blaise Matuidi Juventus 85
71 Casemiro Real Madrid 85
70 Alexandre Lacazette Arsenal 85
69 Miranda Inter Milan 86
68 Pepe Besiktas 86
67 David Alaba Bayern Munich 86
66 Petr Cech Arsenal 86
65 Javi Martinez Bayern Munich 86
64 Marco Reus Borussia Dortmund 86
63 Diego Costa Chelsea 86
62 Sokratis Borussia Dortmund 86
61 Franck Ribery Bayern Munich 86

Untuk senarai penuh 80-61. Klik di sini easports.com

Sadio Mane, yang telah memulakan musim dengan prestasi yang mengagumkan untuk Liverpool, berada di kedudukan pemain terbaik ke-98 dalam permainan, yang berada di bawah penyerang Monaco, Falcao (ke-95).

mane falcao

‘Budak Emas’ Real Madrid pula, Marco Asensio, berada dikedudukan pemain terbaik ke-96 dalam FIFA 18 dengan markah penarafan 84. Asensio telah membuktikan bahawa beliau tergolong dalam golongan elit bola sepak dunia. Dengan 83 Dribbling dan 83 Passing, Asensio pasti akan menjadi sebutan pada tahun-tahun akan datang.

marco-asensio

EA Sports juga telah mendedahkan markah penarafan untuk beberapa bintang dunia lain seperti Dybala, Lewandowski dan Griezmann  di dalam treler rasmi mereka. Anda boleh lihat treler rasmi di bawah;

Sudah pasti akan ada kejutan dan perbezaan pendapat berkaitan markah penarafan pemain yang telah didedahkan ini. Adakah anda setuju dengan markah penarafan yang telah dikeluarkan setakat ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami!

Demo FIFA 18 akan hadir pada 15 September ini, sementara permainan penuh  akan dilancarkan dalam beberapa minggu sahaja lagi iaitu pada 29 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Untuk senarai penuh markah penarafan pemain. Klik di pautan ini: https://www.easports.com/fifa/fifa-18-player-ratings-top-100

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18: Kisah Alex Hunter Kali Ini Menampilkan Beberapa Bintang Bolasepak Dunia

FIFA 18: Career Mode Akan Menggunakan Enjin Frostbite

FIFA 18 Memperlihatkan Kemahiran Pemain Dalam Treler Terbaru

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.