Berita

FIFA 18 Memperlihatkan Kemahiran Pemain Dalam Treler Terbaru

fifa-18-gamescom-trailer
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

EA memulakan persidangan Gamescom mereka dengan treler baru yang mempamerkan cara permainan untuk FIFA 18. Treler berdurasi 90 saat ini mempamerkan kemahiran Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann dan beberapa bintang lain.

FIFA 18 juga mempunyai banyak peningkatan daripada permainan tahun lepas, termasuk lebih banyak animasi yang lancar, dan kawalan hantaran lintang dan hantaran jauh yang akan membantu pemain untuk membuat lebih banyak pilihan untuk melakukan hantaran bola ke dalam kotak penalti.

Official-Gamescom-2017-trailer-for-FIFA-18

Penambahbaikan lain termasuk New Team Styles, yang membawa taktikal kelab terbaik dunia ke dalam FIFA 18. Taktik klasik seperti tiki-taka dan high press memberi setiap pasukan gaya permainan yang berbeza.

Pemain juga akan mendapat lebih banyak masa dan ruang untuk membaca permainan melalui New Player Positioning, sementara taktik yang ditambah baik memberikan pemain pilihan yang lebih besar dalam penghasilan peluang dengan rakan sepasukan mengeksploitasi ruang dan  taktikal lain serangan tanpa bola yang baru.

EA juga memperkenalkan Real Player Motion Technology, yang mereka katakan adalah langkah terbesar dalam sejarah francais FIFA. Sistem ini membawa respons yang lebih baik dan personaliti pemain, dengan pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo bergerak mirip dengan apa yang mereka lakukan di padang sebenar.

Stadium dan penonton juga telah dirombak, dengan permainan yang memaparkan sepanduk dan nyanyian sorakan yang mencerminkan kelab-kelab itu sendiri.

FIFA 18 akan dilancarkan dalam beberapa minggu sahaja lagi iaitu pada 29 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

EA Sports Mengumumkan Edisi Terhad FIFA 18 Ajax

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

FIFA 18: Demo Permainan Akan Dilancarkan Pada 15 September Ini

FIFA 18: Jika Anda Rasa Grafik PES 2018 Realistik, Cuba Anda Saksikan FIFA 18 Pula

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.