Berita

FIFA 18: Nilai Statistik Cristiano Ronaldo Tertiris Atas Talian

cristiano-ronaldo
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Selama sembilan tahun berturut-turut yang merangkumi sembilan Ballon d’Ors masing-masing telah dimenangi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dan pada tahun ini mungkin genap jumlahnya menjadi sepuluh dengan bintang Real Madrid ini mungkin akan menyamakan kedudukan dengan Lionel Messi 5-5.

Malah EA Sports juga cenderung menjadikan Ronaldo atau Messi sebagai pemain terbaik dalam permainan FIFA mereka, perkara yang memang menyerupai dunia bola sepak sebenar.

Musim ini mungkin bekas pemain Manchester United, Ronaldo, akan menjadi pemain terbaik dalam FIFA 18 dan statistiknya yang mengagumkan telah tertiris di atas talian.

ronaldo-fifa-18
Bintang Los Blancos ini ditetapkan nilai statistik sebanyak 95 keseluruhannya dengan 93 untuk shooting, 92 untuk dribbling, 82 untuk pysical, 80 untuk passing dan hanya 32 untuk defending.

Baca juga: [Kemas Kini] FIFA 18: Markah Penarafan Pemain (100-61) Didedahkan Bersama Treler

Tahun ini Ronaldo telah memenangi Liga Juara-Juara dengan Real Madrid, yang menjadi pasukan pertama untuk memenangi pertandingan ini 2 tahun berturut-turut, dan merampas kembali La Liga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Beliau telah menjaringkan 42 gol dalam 46 perlawanan pada musim lepas yang menjadikan jumlah golnya sebanyak 407 gol dalam hanya 396 perlawanan bersama Real Madrid.

Demo FIFA 18 akan hadir pada 15 September ini, sementara permainan penuh  akan dilancarkan dalam beberapa minggu sahaja lagi iaitu pada 29 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

[Kemas Kini] FIFA 18: Markah Penarafan Pemain (100-61) Didedahkan Bersama Treler

FIFA 18: Kisah Alex Hunter Kali Ini Menampilkan Beberapa Bintang Bolasepak Dunia

FIFA 18: Career Mode Akan Menggunakan Enjin Frostbite

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.