Berita

FIFA 18: Rakaman Permainan Real Madrid Dan Chelsea Di E3 Tertiris Di Atas Talian

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Walaupun EA telah mengeluarkan beberapa treler dan menamakan Cristiano Ronaldo sebagai bintang muka hadapan mereka – video permainan sebenar masih belum dipertontonkan.

Kini, beberapa rakaman amateur di acara E3 tempoh hari telah merakamkan demo permainan FIFA 18 (Real Madrid vs Manchester City, Atletico Madrid vs Chelsea) dan memuat naik rakaman ini ke atas talian.

Walaupun agak sukar untuk menilai mutu permainan FIFA 18 melalui rakaman amatur ini, namun ia masih mendedahkan salah satu penambahbaikan yang paling menarik iaitu dari segi grafik dan reaksi penonton.

Semasa perlawanan sedang berlangsung, ada beberapa kumpulan penonton akan membaling helaian-helaian kertas ke atas padang.

Selain itu, sambutan meraikan gol oleh pemain juga mempunyai ciri yang baru iaitu anda boleh mengawal pemain anda ke arah tempat duduk penonton dan penonton akan melonjak ke hadapan untuk memegang dan memeluk pemain anda.

Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat rakaman video amateur untuk permainan FIFA 18;

Real Madrid vs Manchester City

Atletico Madrid vs Chelsea

FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September di PlayStation 4, Xbox One, PC, Nintendo Switch, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

FIFA 18 : Versi Di Nintendo Switch Kehilangan Dua Ciri Penting

FIFA 18: Layakkah Ronaldo Menghiasi Muka Hadapan Permainan Ini?

FIFA 18: Saksikan Video Pelancaran Pertama Dari EA

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia