Berita

FIFA 18: Saksikan Video Mod Kerjaya Yang Tertiris Baru-baru Ini

Diolah oleh hang92

Peminat bolasepak terutamanya bagi yang bermain dengan permainan FIFA selalunya dibahagikan kepada tiga kumpulan; mereka yang suka dengan mod kerjaya, career mode, mereka yang suka dengan Ultimate Team dan mereka yang suka keduanya.

Bagi peminat yang menyukai mod kerjaya pastinya akan kecewa dengan pembaharuan yang dibawa oleh FIFA 18 ini dimana jika kita amati, hanya sedikit sahaja penambahbaikan yang dilakukan (itu pun kalau ada)

Salah satu sebab kenapa kita teruja dengan permainan FIFA ini adalah kerana pengenalan pengurus pasukan yang dibawa masuk ke dalam permainan ini. Tetapi apa yang kita disajikan setakat ini, FIFA 18 tidak banyak berubah cuma hanya dari segi grafik dan bukan dari segi jalan ceritanya.

Baru-baru ini telah tersebar satu rakaman video tertiris FIFA 18 (yang anda boleh saksikan di bawah) yang menunjukkan kepada kita tentang perbincangan perpindahan pemain yang seolah-olah telah membawa satu makna yang baru kepada peminat FIFA.

Pemain bolasepak akan duduk berbincang dengan pengurus dan agen, mereka nampaknya sedang berbicara tentang klausa pelepasan, harga jualan dan gaji mereka.

Nampak menarik. Tak sabar rasanya nak bermain FIFA 18.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.