Berita

FIFA 18 Telah Mempunyai 1.6 Juta Pemain Serentak Untuk Minggu Pertama Pelancaran

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Tidak diragukan lagi, FIFA 18 pada umumnya dianggap sebagai permainan yang sangat dinanti-nantikan bagi mereka yang menikmati The Beautiful Game ini. Dengan kemasukan terbaru dalam francais EA Sports yang cukup berjaya dalam minggu pertama pelancaran, FIFA 18 kini telah mempunyai 1.6 Juta pemain serentak pada satu satu masa untuk minggu pertama pelancaran.

Seperti yang dilihat di dalam tweet di bawah ini, penerbit Electronic Arts memuat naik tweet yang memaparkan bintang utama FIFA 18, Cristiano Ronaldo, bersama-sama dengan statistik 1.6 juta pengguna yang bermain FIFA 18 serentak dalam satu-satu masa. Tidak disangkal lagi bahawa EA melihat ini sebagai satu tanda kejayaan untuk FIFA 18.

FIFA-18

FIFA 18 kini sudah boleh didapati untuk Nintendo Switch, PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, dan Xbox One.

Sumber: GameRant

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Kemaskini Pertama FIFA 18 Tertumpu Kepada Penjaga Gol Dan Rembatan Gol

Pemain Manchester City Memberi Reaksi Terhadap Penarafan FIFA 18 Mereka

Nintendo Switch Tidak Menyokong Carian Kawan Terdekat Untuk FIFA 18

Grafik FIFA 18 Di Nintendo Switch Tidak Mengecewakan Apabila Dibandingkan Dengan Xbox One

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.