Berita

FIFA 18 : ‘The Journey: Hunter Returns’ Dan Treler Dalam Permainan Dipertontonkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Seperti yang dijangka, treler dalam permainan FIFA 18 dipertontonkan di Sidang Akhbar Electronic Arts di Los Angeles awal pagi ini waktu tempatan, menampilkan beberapa sedutan kelincahan Cristiano Ronaldo (dan lain-lain).

Treler ini menampilkan Real Player Motion Technology, yang merupakan sistem animasi baru yang mempunyai mutu responsif yang lebih baik dan gerakan realiti personaliti pemain. Juga dibantu dengan data pergerakan pemain oleh Cristiano Ronaldo sendiri.

Pada masa yang sama EA juga mempertontonkan treler Journey: Hunter Returns, yang dibintangi oleh watak yang bernama Alex Hunter.

Treler ini juga menampilkan klip wawancara dari peminat, bintang bola sepak dan badan penyiaran yang memberi pandangan mereka terhadap Hunter, diikuti dengan beberapa klip sinematik kehidupan profesional dan peribadi Hunter.

FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September di PlayStation 4, Xbox One, PC, Nintendo Switch, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

FIFA 18 : Versi Di Nintendo Switch Kehilangan Dua Ciri Penting

FIFA 18: Layakkah Ronaldo Menghiasi Muka Hadapan Permainan Ini?

FIFA 18: Saksikan Video Pelancaran Pertama Dari EA

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.