Berita

FIFA 18 : Versi Di Nintendo Switch Kehilangan Dua Ciri Penting

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

FIFA 18 versi Nintendo Switch tidak akan memperolehi dua ciri penting permainan, menurut cetakan kecil dalam treler pengumuman FIFA 18. Terdapat teks di skrin yang berbunyi “Teknologi enjin permainan Frostbite dan mod The Journey: Hunter Returns boleh didapati di Xbox One, PlayStation 4 dan versi platform PC sahaja. Tidak semua ciri lengkap tersedia pada semua platform.

The Journey adalah mod jalan cerita dan telah diperkenalkan dalam siri FIFA 17, mengisahkan seorang pemain, Alex Hunter, melalui perjalanan kareer yang pasang surut. Mod cerita ini boleh dianggap sebagai tarikan utama penjualan bagi siri ini dan siri FIFA akan datang, malangnya peminat di Nintendo Switch akan kehilangan ciri ini.

Kehilangan enjin permainan Frostbite pula, di sisi lainnya, boleh menjadi tamparan yang lebih besar untuk pemain FIFA 18 di Nintendo Switch. Sebagai tambahan kepada PC, PS4 dan Xbox One untuk FIFA 18, enjin permainan Frostbite juga digunakan di FIFA 17, Mass Effect: Andromeda, Battlefield 1, Star Wars Battlefront, yang akan datang Star Wars Battlefront 2.

Ramai akan bersetuju bahawa semua permainan yang mengunakan enjin Frostbite kelihatan menarik dan lebih realistik. Jadi tanpa adanya enjin Frostbite di Nintendo Switch mungkin akan menjejaskan grafik dan mutu permainan.

EA Sports sendiri tidak menjelaskan mengapa versi Nintendo Switch berbeza dengan platform utama yang lain, tetapi ia mungkin disebabkan oleh saiz permainan. FIFA 17 bersaiz 40GB di PS4 dan Xbox One dan peminat mengharapkan saiz FIFA 18 juga adalah dalam saiz yang sama.

Memori dalaman Nintendo Switch adalah bersaiz 32GB, yang bermaksud walaupun pemilik konsol ini memadamkan semua kandungan di dalam konsol ini, masih tidak mempunyai ruang yang cukup.

FIFA 18 akan dilancarkan pada 29 September di PlayStation 4, Xbox One, PC, Nintendo Switch, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Sumber : gamerant

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

FIFA 18: Layakkah Ronaldo Menghiasi Muka Hadapan Permainan Ini?

FIFA 18: Saksikan Video Pelancaran Pertama Dari EA

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.