Tips

FIFA17: Bagaimana Menjaringkan Gol Dengan Sepakan Rabona

Diolah oleh Konsol

Anda sering kali menjaringkan gol pada permainan video FIFA17 dengan cara sepakan biasa dan tidak menarik untuk direkodkan dan dimuatnaik pada halaman Youtube?

Itu bermakna sudah tiba masanya untuk anda mempelajari teknik sepakan Rabona yang lebih menarik dan pastinya mendapat tontonan yang tinggi apabila dimuatnaik ke halaman Youtube.

Apa itu Sepakan Rabona?

Sepakan Rabona boleh terjadi apabila anda melakukan tendangan atau sepakan dengan meyilang kaki anda, baik kaki kanan ataupun kiri mengikut kaki yang dominan.

Jika anda seorang pengguna kaki kanan sebagai kaki dominan, sepakan Rabona boleh dilakukan dengan menyilang kaki kanan anda disebalik kaki kiri anda. Begitu juga sebaliknya jika anda pengguna kaki kiri yang dominan.

Sila lihat gambar dibawah untuk lebih memahami tentang tendangan atau sepakan Rabona.

Inilah sedikit sebanyak caranya jika anda ingin melakukan sepakan Rabona.

Sepakan Rabona ini juga boleh dilakukan didalam permainan video bola sepak seperti FIFA17 dengan cara:

1. Playstation: sentiasa tekan L2 + halakan L pada arah kiri atau kanan + butang bulat (klasik), butang petak (alternate).

2. Xbox: sentiasa tekan LT + halakan LS pada arah kiri atau kanan + butang B

Sepakan Rabona Yang Memperdayakan

Salah satu kelebihan sepakan Rabona ini ialah kerana ia dapat memperdayakan pihak lawan samada pertahanan mahupun penjaga gol lawan.

Ini kerana penjaga gol atau pertahanan lawan menyangkakan anda ingin menghalakan bola ke satu arah misalnya kanan, tetapi apabila sepakan Rabona dilepaskan, sebenarnya anda mengarahkan bola untuk menghala ke arah kiri.

Rumusan

Itu adalah serba sedikit maklumat tentang sepakan Rabona dan cara untuk melakukannya didalam permainan video FIFA17.

Sepakan yang akan menjadikan anda seorang pemain permainan video Fifa 17 yang berada di kelasnya yang tersendiri.

Jom kita saksikan video tutorial untuk melakukan sepakan Rabona ini didalam permainan video Fifa 17. Lepas tonton video ini, boleh dah kita berlatih sepakan ini dan membuat semua orang terkejut apabila digunakan hehe…

Kredit pada xboxmedien untuk video tutorial menarik ini.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.