Tips

FIFA17: Tutorial Bagaimana Untuk Mengambil Dan Menyelamatkan Sepakan Penalti

Diolah oleh Konsol

Pada minggu lepas, kami telah berkongsi cara untuk mengambil sepakan penalti pada permainan video Pro Evolution Soccer 2017 (PES 17).

Pada artikel kali ini, kami nak kongsikan pula bagaimana caranya untuk mengambil sepakan penalti pada permainan video FIFA17

Nampak macam mudah, tetapi sebenarnya sepakan penalti didalam permainan bola sepak seperti FIFA17 ini adalah antara penyebab kekalahan kepada kebanyakan pemain.

Ini kerana, kita semua kurang arif tentang teknik yang betul jika ingin melakukan sepakan penalti.

Pada video dibawah, anda boleh lihat beberapa cara sepakan yang boleh dilakukan ketika mengambil sepakan penalti.

Antaranya seperti sepakan meleret mudah yang disasarkan pada penhujung gawang, sepakan Chip, dan juga sepakan Finnese.

Selain itu, pembuat video ini memberikan sedikit bonus dengan menunjukkan juga cara bagaimana anda boleh menyelamatkan sepakan penalti jika menjadi seorang penjaga gol.

Seperti biasa, tutorial ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu ringkas kepada peminat permainan video yang baru sahaja berkecimpung didalam pemainan seperti Fifa 17.

Bagi mereka yang sudah pakar, mungkin boleh menggunakan tutorial ini sebagai ilmu tambahan untuk memantapkan lagi kehebatan anda yang sedia ada.

Bukan ke kita memang disarankan untuk menuntut ilmu sehingga ke negeri China. Selamat mencuba 🙂

Kredit kepada maremas untuk video tutorial menarik ini.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.