Berita

FIFA18: Bagaimana Mutu Grafik Permainan Ini Pada Nintendo Switch?

Diolah oleh Konsol

Apabila bercakap mengenai permainan FIFA 18, pasti ramai yang akan teruja dan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan permainan yang telah dicanangkan sebagai “Permainan Terkenal Dunia” ini.

Ini kerana, boleh kami katakan, kebanyakan pemain permainan video khususnya di Malaysia ini, mengenali permainan video bermula daripada permainan bola sepak samada FIFA ataupun Pro Evolution Soccer (PES).

Tidak keterlaluan jika kami katakan, permainan bola sepak ini mempunyai peminatnya yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa ataupun jantina.

Jadi apabila video-video treler mengenai permainan FIFA 18 ini dipertontonkan kepada khalayak umum, selalunya ia bakal menjadi fenomena dan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif dari setiap peminat di luar sana.

Disamping itu juga, kita semua mungkin sudah arif dan pakar tentang cara permainan ini apabila ia dimainkan di platform-platform seperti Playstation, Xbox atau PC.

Tetapi bagaimana pula caranya jika permainan FIFA 18 ini dimainkan di sebuah konsol hibrid seperti Nintendo Switch.

Selain daripada itu, kita semua sedia maklum bahawa permainan FIFA 18 edisi Nitendo Switch ini akan mempunyai beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan edisi Fifa 18 yang akan dilancarkan di platform-platform lain.

Baca Juga:Ā FIFA 18 : Versi Di Nintendo Switch Kehilangan Dua Ciri Penting

Bagi menjawab segala kegusaran di atas, satu video treler yang berdurasi 7 minit yang didalamnya, menunjukkan bagaimana caranya permainan FIFA 18 ini bakal dimainkan kelak oleh pemilik Nitendo Switch.

Untuk tidak membuang masa, mari kita saksikan video treler itu di bawah

Rumusan

JadiĀ apakah reaksi anda apabila selesai menonton video ini? Adakah ianya cukup hebat bagi anda, atau anda lebih gemar jika memainkan permainan ini di platform lain.

Kongsikan bersama kami šŸ™‚

Oh ye sebelum terlupa, permainan FIFA 18 ini bakal menemui anda pada 29 September 2017 ini di semua platform seperti Playstation 4, Xbox, PC dan Nintendo Switch.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? KongsikanĀ pendapat andaĀ di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHAREĀ Facebook Konsol.MyĀ jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.