Berita

Filem Uncharted: Tom Holland Berkata Projek Filem Masih Lagi Diperbincangkan

Diolah oleh hang92

Pembangunan filem Uncharted kita boleh andaikan sebagai sangat sukar, pengarah dan penulis filem ini sentiasa bertukar ganti dan ada sesetengah mereka meninggalkan produksi demi pelbagai sebab. Dan dalam masa yang sama, walaupun dengan hal yang tidak menentu ini, nampaknya khabar tentang filem Nathan Drake telah timbul sebentar di dunia internet.

Di dalam video temuramah bersama JOE. Pelakon yang melakonkan watak adiwira Spider-man di dalam filem Spider-Man: Homecoming, Tom Holland telah menyatakan sedikit tentang filem Uncharted dan dia seperti sangat teruja dengan projek terbaru ini walaupun hanya sekadar perbualan. Tom Holland berkata:

Idea filem ini berkisarkan tentang asal usul watak utama iaitu Nathan Drake, sesuatu yang tidak kita pernah lihat walaupun di dalam siri permainan Uncharted. Tetapi buat masa ini ianya adalah sekadar perbualan. Saya duduk bersama dengan Tom Rothman dan secara tiba-tiba kami terfikir tentang idea ini, kemudian kami mendekati Shawn Levy untuk menjelaskan idea ini lagi, dan anda perlu percaya pada saya, saya sangat teruja dengan hal ini, saya sangat suka untuk melakukannya, tetapi terpulang kepada keadaan.

Jadi sementara menunggu untuk filem Uncharted untuk menjadi realiti, apa kata kita membeli DLC terbaru permainan Uncharted iaitu Uncharted: Lost Legacy yang dijadualkan pada 25 Ogos ini untuk PlayStation 4.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.