Berita

Final Fantasy 12 : The Zodiac Age Special Editions Telah Diumumkan

Diolah oleh hang92

Seperti yang anda tahu, FF 12 telah dikeluarkan 11 tahun lepas dan kini Square Enix akan mengeluarkan semula FF 12 Special Editions untuk tahun ini.

Final Fantasy 12 : The Zodiac Age akan dilancarkan ke PlayStation 4 pada Julai 2017 ini dan kini Square Enix telah secara rasmi mengumunkan dua edisi khas permainan.

Di kedai online Square Enix, peminat boleh kini membuat pra-pesanan Collector Edition lengkap dengan figura mini Judge Magisters.

Selain itu, pemain boleh bermain dengan berlatarkan muzik pada permainan asal dengan membeli edisi khas.

Kunci utama dalam penjualan untuk versi Final Fantasy 12 adalah penggunaan Zodiac System yang sebelum ini hanya terdapat dalam versi Jepun.

Ciri-ciri tambahan lain termasuklah pilihan untuk memilih sama ada Bahasa Inggeris atau suara latar Jepun, masa untuk menunggu yang lebih cepat, auto-save dan mod Turbo baru yang akan mempercepatkan perkara dalam peperangan dan semasa meneroka dunia.

Sumber : Gamesrant

Jika anda telah ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.