Berita Ura-ura

Final Fantasy XV : Mungkin Akan Mendapat DLC Fokus Kepada Ardyn Izunia

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Final Fantasy XV, keluaran terbaru dalam siri Final Fantasy yang dibangunkan oleh Square Enix, telah menerima DLC pack minggu lalu. Pemain kini boleh mengetahui apa yang Gladiolus lakukan ketika meninggalkan Noctis.

Episod DLC yang lain yang akan menfokuskan kepada Prompto dan Ignis juga dijangkakan akan dikeluarkan dalam tahun ini. Kelihatan juga seperti ianya akan lebih tertumpu kepada penceritaan untuk watak-watak penting yang lain.

Dalam temu bual baru-baru ini oleh Game Legends di acara Let’s Play 2017. Pengarah Final Fantasy XV Hajime Tabata, mendedahkan bahawa episod DLC yang menfokuskan kepada Ardyn Izunia mungkin akan dikeluarkan pada masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci tentang salah satu watak yang penting semestinya salah satu berita yang cukup baik untuk peminat.

Diharapkan agar pembangunan Final Fantasy XV untuk kandungan tambahan berjalan dengan lancar dan peminat akan diberikan lebih kandungan yang mempunyai jalan penceritaan lebih banyak untuk masa-masa akan datang.

Tidak lama selepas pengumuman Episode Gladiolus, treler baru telah dikeluarkan untuk episod DLC seterusnya , Episode Prompto, yang akan dikeluarkan pada Jun ini.

Kemas kini terbaru juga telah dikeluarkan pada minggu lepas, memperkenalkan kandungan baru untuk Chapter 13 dan banyak lagi.

Final Fantasy XV kini sudah berada di pasaran untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.