Berita

Final Fantasy XV: Selepas Assassin’s Creed Festival, Square Enix Kini Terbuka Untuk Kerjasama Bersama Pembikin Lain

final-fantasy-xv-assassins-festival
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Square Enix ada menggabungkan dunia Final Fantasy XV dan Assassin’s Creed, anda boleh saksikan video dibawah ini. Tetapi malangnya hal ini hanyalah untuk sementara sahaja.

Mereka tidak ada rancangan khusus untuk masa akan datang tetapi Square Enix sentiasa terbuka untuk kerjasama.

Pengarah Square Enix, Hajime Tabata, menjelaskan bahawa Square Enix bekerjasama secara terus dengan pasukan pembangun Assassin’s Creed sebagai sebahagian daripada kerjasama yang untuk menjayakan kandungan tambahan itu.

Tahap kolaborasi ini berjaya dicapai dengan cara saling menghormati kedua-dua pasukan pembangunan antara satu sama lain- kata Square Enix

Square Enix berharap peminat-peminat Final Fantasy dan Assassin Creed dapat menikmati kandungan tambahan itu, dan Tabata percaya bahawa matlamat ini boleh dicapai.

Walaupun tidak ada lagi perancangan lain pada masa ini dari segi kerjasama atau kolaborasi lain. Tetapi jika peluang lain seperti ini muncul sekali lagi dimana ianya boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, Square Enix sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama.

Final Fantasy XV kini boleh didapati di PS4 dan Xbox One, manakala Windows Edition akan dilancarkan pada PC melalui Steam pada awal 2018. Pocket Edition akan hadir ke iOS, Android dan Windows 10 sekitar Oktober – Disember tahun ini.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.